• Home
  • ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐„๐ฆ๐š๐ฌ P๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ S๐ž๐ ๐ž๐ซ๐š T๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š S๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง V๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง

๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐„๐ฆ๐š๐ฌ P๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ S๐ž๐ ๐ž๐ซ๐š T๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š S๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง V๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง

Saya menggesa pihak Kerajaan untuk menyegerakan program vaksinasi warga emas yang menghuni di pusat jagaan warga emas. Gesaan ini dibuat susulan berlakunya satu kluster dikenali Kluster Jalan Mentahak membabitkan golongan tersebut di Taman Johor, Johor Bahru.

Berikutan daripada itu, saya telah merujuk dan berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi melaksanakan ujian saringan kepada seluruh penghuni. Keputusan tersebut mendapati 28 orang positif daripada keseluruhan 39 warga emas dan enam (6) kakitangan.

Oleh itu, saya berharap pihak KKM dapat memantau kluster tersebut dengan lebih dekat agar warga emas yang negatif dalam ujian saringan tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Dalam pada itu, saya mengulangi gesaan agar proses vaksinasi warga emas dalam fasa kali ini dapat memudah dan menyegerakan proses vaksinasi mereka yang menghuni di pusat jagaan.

Warga emas dan kakitangan pusat jagaan wajar menerima suntikan vaksin lebih awal sebagaimana yang dilaksanakan di Britain dan Kanada memandangkan mereka merupakan golongan berisiko tinggi.

Sumber Gambar: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758