• Home
  • 5 Negeri dan WP Mula Fasa 3 PICK, Bila Giliran Johor?

5 Negeri dan WP Mula Fasa 3 PICK, Bila Giliran Johor?

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan bahawa vaksinasi untuk lima negeri dan tiga wilayah persekutuan akan bergerak ke Fasa 3. Namun, kadar vaksinasi penuh di Johor masih berada di tangga ketiga tercorot. Manakah bekalan vaksin untuk Johor?

Menurut peta jalan vaksinasi oleh Khairy dalam forum bertajuk ‘The Path to Herd Immunity: Up Close with YB Khairy Jamaluddin’ anjuran The Oxford & Cambridge Society Malaysia menerusi dalam talian, Kerajaan Persekutuan akan memberi keutamaan kepada vaksinasi di empat zon merah (Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor) dan Sarawak.

Namun, ketika Khairy mengumumkan bahawa vaksinasi di Putrajaya, Labuan, Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, dan Perlis telah memasuki Fasa 3 dan individu berusia 18 hingga 59 tahun sudah divaksinasi, masyarakat Johor kurang memahami sebab Johor ditinggalkan.

Populasi Johor adalah sebanyak 3.8 juta orang. Ini termasuk 350,000 pekerja asing dan kira-kira 2.7 juta orang yang berusia 18 tahun dan ke atas. Dengan ini, Johor memerlukan sekurang-kurangnya 4.65 juta dos vaksin untuk supaya semua penduduk dewasa divaksinasi. Khairy pernah berjanji bahawa jumlah vaksinasi harian di Johor akan meningkat sehingga 50,000 dos. Oleh itu, Johor memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 juta dos vaksin daripada Kerajaan Persekutuan setiap bulan untuk mencapai imuniti kelompok pada akhir September!

Baru-baru ini, EXCO Kesihatan Awam Selangor, Dr Siti Mariah, menunjukkan data dari Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) yang menempatkan bekalan vaksin Johor di belakang Selangor dan Sarawak. Johor hanya menerima 950,618 dos.

Selepas Johor mencapai 50,000 pemberian suntikan dalam sehari pada 14 Jun, 15 Jun dan 17 Jun, jumlah untikan harian telah menurun dan bukannya bertambah baik. Secara purata, jumlah suntikan bagi tujuh hari hanyalah sebanyak 13,912 dos.

Bagaimana Johor dapat beralih ke Fasa 3 dengan jumah suntikan harian yang rendah ini Bagaimana lebih banyak sektor dapat dibuka untuk pemulihan ekonomi Johor? Bagaimana pula dengan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura? 

Kini, kebanyakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) utama di Johor sedang memberi dos kedua, hanya beberapa institusi swasta yang memberi dos pertama kepada masyarakat. Berdasarkan data vaksinasi tujuh hari terakhir, terdapat lima hari di mana jumlah pemberian dos kedua melebihi jumlah pemberian dos pertama. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Johor Bahru, tetapi juga di Kluang, Batu Pahat, Segamat, Mersing, Pagoh, dan Muar.

Johor Bahru merupakan bandar kedua terbesar dari segi populasi dan Hasil Dalam Negeri Kasar (KDNK) ekonomi selepas Lembah Klang. Johor juga merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada KDNK selepas Selangor dan Kuala Lumpur dengan sumbangan sebanyak 9.5 peratus. Walaubagaimanapun, hanya 6.7 peratus daripada jumlah vaksin disalurkan kepada Johor pada bulan Julai sedangkan 11.6 peratus daripada jumlah populasi negara merupakan rakyat Johor dan Johor telah mencatatkan jumlah kes positif ketiga tinggi di Malaysia. Adakah ini adil bagi Johor?

Oleh itu, Khairy harus memberi jaminan kerajaan akan memastikan bekalan vaksin Johor mencukupi. Rakat Johor juga ingin mengetahui adakah kerajaan akan menepati janji pemberian 950,000 dos vaksin kepada Johor? Kami juga menggesa Khairy untuk memenuhi janji yang dibuat olehnyadi Johor  dan melangkah ke arah sasaran pemberian 1.5 juta dos vaksin sebulan dengan menggerakkan vaksin serta sumber tenaga perubatan secara efektif.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga harus mempertahankan prinsip ketelusan  agar masyarakat dapat memantau kemajuan vaksinasi. Kerajaan perlu memberitahu masyarakat tentang cara pengedaran jenis vaksin, termasuk perkadaran jumlah vaksin AstraZeneca dan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

Kemudian, kami juga mendesak Kerajaan Johor untuk membentuk awatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang merangkumi wakil rakyat daripada pihak pembangkang.Pada masa yang sama, kami akan mengusulkan usul tergempar untuk berdebat tentang kemajuan vaksinasi di Johor. Hal ini adalah untuk memastikan pihak kerajaan dan pembangkang dapat mencapai konsensus untuk mempercepat program vaksinasi di Johor demi pemulihan ekonomi Johor.

Sumber Gambar Cover: CommonWealth Magazine

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758