• Home
  • Agih Beras di Pasar TUTA

Agih Beras di Pasar TUTA

Kedai Runcit Tun Aminah dalam Pasar Awam TUTA hari ini akhir sekali membantu pihak berkuasa mengagihkan bantuan beras 10kg.

Apabila saya pergi pasar membeli barang, saya lihat banyak penduduk beratur dan sukarelawan sibuk untuk membantu pemanfaat membuat pendaftaran.

Sumber: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

Justeru, saya mengambil inisiatif untuk membantu sukarelawan menjalankan pendaftaran bagi melancarkan proses pengambilan bantuan beras daripada Kerajaan Negeri.    

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kedai Runcit Tun Aminah yang banyak kali membantu pengagihan bantuan beras kepada penduduk Taman Ungku Tun Aminah (TUTA).

Madam Poon, pengusaha kedai runcit pada asalnya hanya membantu beberapa warga emas untuk memohon bantuan beras. Namun pada akhirnya, Madam Poon bersetuju membantu pengagihan bantuan beras demi membantu lebih banyak penduduk TUTA. 

Selepas saya membantu dalam proses pengagihan, saya mendapati bahawa terdapat kelemahan dalam proses pengagihan, termasuk tiada mekanisme yang sistematik untuk menyemak pemanfaat yang telah mendapat bantuan di tempat lain dan tiada mekanisme bagi memantau satu pek beras untuk satu keluarga.

Pada pagi ini, terdapat segelintir penduduk termasuk warga emas beratur panjang tetapi tidak boleh dapat bantuan beras atas sebab bukan penduduk TUTA atau tidak membawa bil elektrik atau bil air sebagai pengesahan penduduk TUTA.

Ada segelintir penduduk yang tidak dapat bantuan menegur sukarelawan yang bantu. Saya memahami kekecewaan mereka. 

Mungkin ada berbeza kaedah pengagihan di lokasi yang berbeza dan ini telah menimbulkan isu mekanisme pengagihan yang tidak seragam.

Ada penduduk boleh terus mendapat bantuan beras di pondok pengawal, ada tempat ialah hantar beras rumah ke rumah, ada tempat ialah beratur panjang untuk mendapat beras di lokasi dan masa yang tertentu.

Saya bersimpati dengan keadaan Southern Volunteers, sukarelawan dan ahli-ahli parti berkenaan yang menyertai dalam proses pengagihan bantuan beras yang ditegur oleh orang ramai dan mereka juga ialah mangsa kepada dasar yang mempunyai kelemahan.

Keluarga yang berpendapatan rendah perlu bekerja keras untuk menyara kehidupan sekeluarga. Namun, masa pengambilan beras tidak mengambil kira faktor tersebut dan mereka perlu hadir pada masa yang tertentu dengan menggunakan masa kerja dan kenderaan sendiri untuk mendapat bantuan beras 10 kg yang bernilai kurang daripada RM 30.

Seperti yang saya katakan pada 12hb Mei 2022, Kerajaan Negeri Johor menyediakan saluran hebahan Kerajaan Negeri supaya penduduk mendapat info yang terkini daripada Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, bantuan beras boleh digantikan dengan bentuk lain seperti bantuan tunai yang dikreditkan ke akaun bank atau mengagihkan baucer membeli belah bagi mengelakkan kumpulan secara beramai-ramai dan meningkatkan risiko penduduk.

https://www.facebook.com/hongpintan/posts/pfbid0jHNTJ3od1UAvvZQozR18YPfhrrx2wWajhKN1E3vZWwsKu47U8F2NMLbuMD2xHXGLl

Sumber: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

Cadangan tersebut telah dikemukakan sepanjang seminggu dan belum mendapat apa berita baik daripada Kerajaan Negeri. Ini bukan penghasutan, ini hanyalah realiti yang berlaku dan perbincangan dasar demi kebaikan Bangsa Johor.

Johor juga mengambil kedudukan yang penting dalam sektor pertanian dan justeru Kerajaan Negeri Johor perlu keluar dasar baru bagi membantu rantaian bekalan produk pertanian supaya kos sara hidup dapat diringankan.

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758