• Home
  • Bantuan Untuk Mahasiswa

Bantuan Untuk Mahasiswa

Saya bersama Sdr. Yeo Tung Siong telah menghantar bantuan segera berbentuk kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan pembersihan diri untuk mahasiswa UTM yang kini sedang jalani kuarantin.

Sedikit sebanyak usaha ini dapat membantu pihak pentadbiran UTM sekali gus mahasiswa tersebut. Kami sebagai alumni UTM amat berbesar hati dapat menyumbang dan membantu dalam situasi begini.

Sementara itu, kami juga akan membawa cadangan mengutamakan proses vaksinasi menbabitkan barisan hadapan, sukarelawan dan mahasiswa di UTM kepada pengetahuan YAB Menteri Besar Johor dalam masa terdekat.

Selaku alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), saya semalam bersama Sdr. Yeo Tung Siong telah mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbiran UTM – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Pengetua Kolej tentang keadaan mahasiswa kita yang sedang menjalani di dalam kampus membabitkan tiga kolej kediaman sehingga 19 Mei – tempoh kuarantin tersebut mungkin akan dilanjutkan mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam perbincangan tersebut, pihak UTM meletakkan keyakinan tentang bekalan makanan yang ada untuk menampung keperluan mahasiswa sepanjang tempoh kuarantin tersebut.

Walaubagaimanapun, pihak UTM memaklumkan tentang bekalan kelengkapan perlindungan diri (PPE) seperti pelitup muka dan pencuci tangan dan keperluan kebersihan diri seperti pembersih badan, ubat dan berus gigi serta tuala wanita yang diperlukan oleh mahasiswa terbabit.

Warga yang sudi untuk membantu mahasiswa kita ini boleh hubungi Pusat Komuniti Skudai melalui Talian WhatsApp di 010-531 3758.

Sumber Gambar: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758