• Home
  • Berlumba Dengan Masa – Pemberian Vaksin Covid-19 kepada Warga Emas

Berlumba Dengan Masa – Pemberian Vaksin Covid-19 kepada Warga Emas

𝐀𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝟑.𝟓 𝐣𝐮𝐭𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐯𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢 𝐂𝐨𝐯𝐢𝐝?

𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐧𝐞𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐯𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢?

1. Dua soalan di atas membakar dalam minda saya belakangan ini dan ingin saya tujukan kepada Menteri Vaksin YB Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba.

2. Tempoh sebulan telah berlalu sejak Fasa Kedua Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) bermula pada 19 April 2021. Dalam tempoh sebulan, sejumlah 978,444 dos vaksin Covid-19 telah pun diberi kepada penduduk di seluruh Malaysia di mana seramai 602,292 orang mendapat suntikan dos pertama. Di Johor, sejumlah 84,404 dos vaksin diberi di mana hanya 44,326 orang mendapat suntikan dos pertama (rujukan Jadual 1 dan Jadual 2, Lampiran).

3. Dalam tempoh sebulan juga, seramai 710 nyawa terkorban.

4. Ramai yang telah memberi komen berkenaan kadar vaksinasi yang dilihat agak perlahan. Kita faham bekalan vaksin yang terhad adalah faktor penghalang utama. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa rakyat semakin gelisah dan ramai yang hilang kesabaran apabila kes positif serta kematian semakin meningkat mencecah rekod baru hampir setiap hari. Semakin ramai keluarga yang hilang saudara, kebanyakannya golongan usia emas, akibat penyakit Covid-19.

5. Antara golongan usia emas, ramai yang telah berdaftar sejak bulan Febuari dan menunggu giliran masing-masing untuk menerima vaksin. Mereka adalah datuk dan nenek kita, pakcik dan makcik kita, jiran dan saudara kita yang bersungguh-sungguh dan betul-betul ingin dilindungi dengan vaksin. Ramai antara mereka ada penyakit kroni lain yang membawa risiko kesihatan yang lebih tinggi sekiranya mereka tidak divaksin.

6. Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan pada tahun 2020, terdapat lebih kurang 2.1 juta penduduk di Malaysia yang berumur 65 dan ke atas. Manakala penduduk yang berumur dari 60 ke 64 adalah lebih kurang antara 1.3 juta hingga 1.4 juta. Ini bermaksud di negara kita bilangan penduduk warga emas tidak melebihi 3.5 juta iaitu bersamaan 10% hingga 11% daripada jumlah penduduk negara.

𝐆𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬

7. Saya percaya kita mempunyai vaksin yang cukup untuk semua warga emas kita. Untuk mereka yang telah berdaftar tetapi masih menunggu panggilan, kita harus meletakkan komitmen dengan garis masa dan sasaran kerja yang jelas agar vaksin diberi kepada mereka dalam tempoh terdekat.

8. Saya memanggil Menteri Khairy Jamaluddin untuk menyatakan komitmen kerajaan secara jelas dan terbuka. Apakah garis masa dan sasaran kerja vaksinasi untuk semua warga emas yang berdaftar? Pihak berkuasa perlu memberi maklumat secara harian berkenaan bilangan warga emas yang telah divaksinasi, bilangan yang masih menunggu giliran dan bilangan yang belum berdaftar. Nyatakan pecahan secara terperinci mengikut kumpulan umur (iaitu 60 – 64, 65 – 69, 70 – 74, 75-79, 80 dan ke atas) serta mengikut taburan geografi (iaitu negeri, daerah dan mukim)

𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫

9. Di Johor, baru-baru ini saya dihubungi oleh anak-anak muda yang risau akan ibu bapa mereka dalam lingkungan usia 70-an, malah 80-an yang masih menunggu tarikh vaksinasi untuk dos pertama. Mereka ini berasal dari kawasan luar bandar seperti Bekok, Benut dan Rengit yang masing-masing terletak hanya 30 minit dari bandar terdekat.

10. Jadi, nampaknya golongan datuk dan nenek kita di kampung lewat menerima vaksin berbanding dengan golongan dalam kohort usia yang sama di kawasan bandar. Kenapa begitu? Pada masa yang sama, ada pihak yang melaporkan bahawa ada golongan yang tidak berisiko tinggi dan berusia muda dapat potong queue di beberapa tempat vaksinasi. Ini cukup membimbangkan.

11. Kawasan Parlimen yang diwakili yang YB Khairy Jamaluddin dan YB Adham Baba, iaitu Rembau dan Tenggara masing-masing, adalah terdiri daripada penduduk luar bandar. Seiring dengan program vaksinasi akan dipergiatkan lagi pada bulan Jun dan Julai yang akan datang, bagaimanakah kita dapat pastikan penduduk yang tinggal di luar bandar tidak ditinggalkan ke belakang? Saya mohon kedua-dua Menteri untuk memberi jawapan kepada pertanyaan tersebut.

12. Adalah menjadi tanggungjawab kita kepada semua warga emas agar vaksin Covid-19 diberi sekarang, tanpa mengia siapa mereka dan di mana mereka berada. Kita harus berkempen dan bekerja keras untuk melindungi hak mereka dan nyawa mereka.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758