• Home
  • Bersihkan Longkang, Elakkan Kerugian Harta Benda Akibat Hujan

Bersihkan Longkang, Elakkan Kerugian Harta Benda Akibat Hujan

Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Skudai!

Hujan lebat semalam telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Taman Damai Jaya dan Taman Timur, Skudai.

Setelah menerima laporan banjir daripada penduduk di Jalan Timur 20, saya bersama Wakil Khas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Puan Ng Siam Luang telah mengunjungi beberapa rumah yang terjejas untuk memahami penyebab banjir tersebut.

Semasa lawatan, kami mendapati beberapa rumah di Taman Timur yang terjejas adalah kali pertama mengalami situasi tersebut dan penyebab sebenar masih belum dapat dipastikan.

Pemerhatian kami menunjukkan bahawa ramai penduduk telah melakukan pengubahsuaian di belakang rumah mereka. Ini menyebabkan longkang ditutupi oleh bahagian yang diubahsuai dan mudah menyebabkan penyumbatan saluran air dan ini mungkin salah satu faktor penyebab banjir kilat.

Selain itu, semasa lawatan, kami juga mendapati beberapa batang pokok dan kayu tersangkut di antara longkang dan struktur haram. Ini menyebabkan aliran air tersumbat dan air melimpah ke rumah penduduk.

Oleh itu, saya menggesa penduduk untuk menjaga kebersihan persekitaran dengan memberi perhatian kepada kebersihan longkang untuk mengelakkan air hujan melimpah masuk ke rumah semasa hujan lebat dan menyebabkan kerugian harta benda.

Menurut Puan Ng Siam Luang, berdasarkan pemerhatian, projek pembinaan yang baru bermula di kawasan berhampiran telah membersihkan kawasan hutan yang sebelumnya berfungsi sebagai “sponge”. Ini menyebabkan peningkatan air hujan yang mengalir ke dalam longkang.

Puan Ng Siam Luang akan menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan untuk memeriksa tapak pembinaan tersebut dan membincangkan penyebab banjir kilat.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758