• Home
  • Coronavirus 2019: Percaya Kepakaran dan Hentikan Penyebaran Berita Palsu

Coronavirus 2019: Percaya Kepakaran dan Hentikan Penyebaran Berita Palsu

Berkaitan dengan wabak coronavirus baru 2019, saya menyeru semua orang untuk tetap tenang dan percaya kepada kepakaran organisasi kesihatan antarabangsa dan pakar perubatan, sekaligus mengikuti rapat laman Facebook rasmi dan laman web Kementerian Kesihatan, serta berusaha menghentikan penyebaran berita palsu untuk mengelakkan  berita palsu tersebut tersebar lebih cepat daripada virus itu sendiri.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada tujuh kes, namun Malaysia masih belum menunjukkan sebarang tanda penularan dalam komuniti.

Malaysia juga telah membuat persiapan yang mencukupi, termasuk hospital kerajaan di setiap negeri yang sudah bersiap sedia dan pemasangan pengesan suhu di 6 pintu masuk antarabangsa di Johor termasuk Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua). Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya 54 pengesan suhu telah dipasang di seluruh negara. Lapangan Terbang Malaysia juga telah menyaring penumpang dari China atau warganegara yang kembali dan menghalang penumpang dari wilayah Hubei daripada memasuki negara. Cara pencegahan Malaysia mematuhi Peraturan Kesihatan Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 2005.

Sama ada kadar kematian yang tinggi sebanyak 15% untuk SARS, 4% untuk Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS), atau 2.2% untuk H1N1, Malaysia telah berjaya mengharungi masa yang sukar ini tanpa mengeluarkan larangan perjalanan terhadap orang China, apatah lagi kadar kematian untuk coronavirus 2019 hanyalah 2.2%.

Menurut jurucakap Pertubuhan Kesihatan Dunia, Lindmeier di Geneva, coronavirus tampaknya bukan penyakit yang biasa menyebar melalui udara, tetapi melalui titisan yang dihasilkan apabila seseorang batuk atau bersin.

Oleh itu, daripada menyebarkan berita palsu atau menimbulkan panik secara tidak perlu, lebih baik menjalani kehidupan seperti biasa, meningkatkan pengurusan kesihatan diri, mencuci tangan dengan sabun secara rajin dan secara memaki pelitup muka atau menggunakan tisu untuk menutup hidung ketika batuk, memaki pelitup muka ketika berada dalam kumpulan orang ramai, mengelakkan makanan eksotik dan daging mentah serta mengikuti informasi terkini tentang wabak daripada pihak kerajaan.

Menurut pengalaman berbagai negara menghadapi wabak, larangan perjalanan sering kali menjadi pilihan terakhir. Pertubuhan Kesihatan Dunia kini juga belum mengisytiharkan wabak coronavirus 2019 sebagai kejadian kecemasan kesihatan awam dan menyarankan agar tidak perlu mengenakan sebarang sekatan perjalanan atau perdagangan terhadap China. Kembali kepada realiti, kini tidak ada negara yang mengeluarkan larangan masuk terhadap semua penumpang China atau warganegara yang tinggal di China, larangan perjalanan hanya ditujukan kepada kawasan yang teruk terjejas oleh wabak sahaja.

Lagipun, berdasarkan pengalaman pada tahun 2009 dalam mengendalikan H1N1, tiada negara yang mengeluarkan larangan perjalanan terhadap Mexico berjaya menghentikan penyebaran H1N1, hanya melambatkan kecepatan penyebarannya. China telah mengambil langkah sejak 27 Januari dengan menghentikan semua kumpulan pelancong keluar negeri untuk melambatkan penyebaran wabak.

Dalam pandemik ini, manusia, sebagai pembawa penyakit, kita tidak seharusnya membuat perbezaan kaum, jantina, atau kebangsaan. Sebaliknya, kita harus memberi perhatian kepada perbezaan kebangsaan, bukannya sejarah kehidupan dan jejak pergerakan. Musuh bersama kita adalah penyakit, bukan orang China.

Walaupun sebahagian orang tidak mempercayai pihak berkuasa yang memerintah, namun dasar pencegahan wabak harus bergantung kepada pakar dan menjaga kesihatan awam harus bergantung pada masyarakat. Selain itu, pencegahan serta pengendalian wabak harus bergantung kepada pakar perubatan. Ketiga-tiganya adalah penting. Dalam menghadapi musuh besar seperti wabak, apa yang lebih kita perlukan adalah kepercayaan berdasarkan pemikiran rasional terhadap dasar awam dan meminta semua pihak untuk bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan profesional kepada semua orang.

Sumber Gambar Cover: Yam News

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758