Kerajaan Negeri Johor Digesa Menyemak Semula Senarai Pemanfaat Program Kasih Johor
Kerajaan Negeri Johor digesa menyemak semula senarai pemanfaat Program Kasih Johor kerana ramai golongan B40 tercicir dalam program tersebut.
Program Kasih Johor adalah inisiatif baucer barangan keperluan RM200 kepada isi rumah B40 sempena Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor. Baucer tersebut boleh digunakan pada bulan Disember 2021 dan Januari 2022. Anak Johor boleh membuat semakan status kelayakan di laman sesawang Kasih Johor dan tidak dapat membuat permohonan.
Namun begitu, kami menerima banyak aduan daripada golongan B40 bahawa mereka bukan pemanfaat Program Kasih Johor, sistem juga tidak memberi sebab ketidaklayakan mereka. Mereka berasa kecewa atas dasar Kerajaan Negeri dan justeru mengesa Kerajaan Negeri Johor supaya menyiasat dan memperbetulkan sistem pengagihan Program Kasih Johor.
Keadaan ini serius dan melibatkan kebajikan beratus ribu keluarga berpendapatan rendah. Justeru, 8 ADUN atau pemimpin DAP dan 29 cawangan DAP atau DAPSY bersama mengesa Kerajaan Negeri Johor memperbetulkan keadaan supaya tidak ada keluarga B40 tercicir bawah Program Kasih Johor.
Negeri Johor dianggarkan lebih kurang 400 ribu keluarga ialah golongan B40 dan justeru Program Kasih Johor dianggarkan menelan belanja sehingga RM76 juta. Kerajaan Negeri Johor perlu mendedahkan berapa peruntukkan untuk Program Kasih Johor. Adakah kekurangan peruntukkan menyebabkan berlaku keadaan pengagihan baucer tidak adil?
Oleh yang demikian, kami menyeru Kerajaan Negeri Johor agar membuat semakan semula senarai pemanfaat Program Kasih Johor dan harus memberi penjelasan berhubung punca tidak layak susulan ramai golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) tidak tahu kenapa mereka bukan pemanfaat Program Kasih Johor.
Tambahan pula, pemanfaat akan menerima SMS daripada pihak Kerajaan Johor berdasarkan panduan Program Kasih Johor. Namun, ada sebahagian penduduk menerima SMS sebagai pemanfaat tetapi tidak layak ketika menyemak status kelayakan di laman sesawang Program Kasih Johor.
Kerajaan Negeri Johor perlu menyegerakkan pangkalan data B40 dan JKM dengan sistem Kasih Johor supaya tidak ada golongan B40 yang tercicir dalam Program Kasih Johor.
Kenyataan media ini dikeluarkan pada 13 Disember 2021 secara bersama di Johor oleh:
Tan Hong Pin, ADUN Skudai
Yeo Tung Siong, ADUN Pekan Nenas
Tan Chen Choon, ADUN Jementah
Ee Chin Li, ADUN Tangkak
Cheo Yee How, ADUN Perling
Lim Eng Guan, AJK DAP Johor
Cheng Chin Fatt, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Cawangan Penaja DAP Bandar Mersing
Sandara Segaran A/L Arumugam, Pengerusi Cawangan DAP Taman Nusa Bestari
Golongan B40 di Johor Tercicir Tanpa Sebab?

Kategori