• Home
  • Kalau dasar agihan vaksin berpandukan sains dan data, kenapa bekalan begitu terhad untuk Johor?

Kalau dasar agihan vaksin berpandukan sains dan data, kenapa bekalan begitu terhad untuk Johor?

1. Apabila kadar vaksinasi mencecah rekod baru iaitu sebanyak 268,604 dos di peringkat kebangsaan pada hari Khamis (Jun 25), kemajuan di negeri Johor agak mengecewakan sejak minggu yang lalu. Memandangkan kes kumulatif positif Covid di Johor antara tertinggi di Malaysia dan bilangan penduduk Johor yang ramai, kenapa bekalan vaksin begitu terhad untuk Johor? Apakah dasar bekalan vaksin berpandukan sains dan data?  

2. Pada hari Khamis, jumlah dos yang diberi di seluruh negeri Johor hanya 17,594 dos terdiri daripada 10,222 dos pertama dan 7,372 dos kedua. Semalam, jumlah dos yang diberi di seluruh negeri Johor hanya 8,979 dos terdiri daripada 7,512 dos pertama dan 1,467 dos kedua. Berbanding dengan minggu lepas pada 14 Jun, 15 Jun dan 17 Jun, bilangan dos mencecah 20,000 setiap hari di mana 15,000 orang mendapat suntikan dos pertama.

4. Secara purata kadar vaksinasi di negeri Johor menyusut 7% pada minggu ini (Jun 18 – Jun 25, purata 15,855 dos) berbanding dengan minggu lepas (Jun 11 – Jun 18, purata 17532 dos).

5. Perkembangan demikian mendukacitakan rakyat Johor dan menimbulkan banyak persoalan. Apakah sebenarnya sebab-sebab Johor tidak dibekalkan vaksin yang cukup dan setimpal dengan bilangan penduduk yang ramai dan keadaan semasa Covid-19 yang amat serius berbanding negeri-negeri lain?

6. Setakat 25 Jun 2021, Johor menduduki tangga ketiga dalam senarai kes positif kumulatif Covid-19 dengan rekod sebanyak selepas negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes di Johor telah mengatasi negeri Sabah di mana penduduknya lebih ramai dan pernah dilanda gelombang yang amat teruk disebabkan Pilihan Raya Negeri Sabah pada September 2020.

8. Kalau dibandingkan Sarawak pula, perbezaannya lagi ketara.

9. Bilangan penduduk di Sarawak hanya 2.8 juta tetapi di Johor 3.8 juta. Namun sejak awal bulan Jun vaksinasi di Sarawak semakin rancak dengan kadar purata 50,000 dos setiap hari. Sarawak lebih dua kali ganda cepat daripada Johor.

11. 878,626 orang ataupun 31.2% penduduk Sarawak sekurang-kurangnya telah mendapat dos pertama manakala di Johor hanya 421,952 orang ataupun 11.1%.

12. Hampir semua warga emas di Sarawak telah mendapat vaksin termasuk mereka yang menduduki jauh di pedalaman. Ini adalah berita baik buat saudara kita di Sarawak. Tetapi di Johor dianggarkan masih ada 100,000 orang warga emas yang belum divaksin walaupun telah lama berdaftar. Perbandingan kadar vaksinasi Sarawak dan Johor ditunjukkan dalam Rajah seperti berikut.

Rajah: Perbandingan kadar vaksinasi Sarawak dan Johor

13. Setiap hari saya ditanya soalan  “kenapa bapa atau ibu saya yang berusia belum lagi dapat tarikh temujanji”. Saya dan rakan-rakan cuba sedaya upaya menenangkan rakyat yang menunggu dalam kegusaran. Kami dari Pakatan Harapan juga mengambil inisiatif membantu rakyat dan Kementerian Kesihatan dengan mengumpul nama-nama warga emas dan diletakkan dalam senarai ‘backup‘.

14. Tetapi perkara pokok adalah pengurusan bekalan vaksin yang cekap dan pengagihan vaksin yang adil dan telus. Staf lapangan KKM memberitahu kami dengan nada yang kedengaran sayu, “YB, vaksin untuk Johor terhad.”

15. Kenapa vaksin terhad untuk Johor? Sampai beberapa PPV tutup sementara dan PPV lain beroperasi jauh di bawah kapasiti yang disasarkan. Di negeri Sarawak dan tempat lain semakin rancak vaksinasi tetapi di Johor tidak.

16. Kononnya berpandukan sains dan data. Tidak malukah Menteri-Menteri Kerajaan Perikatan Nasional yang berasal dari Johor dan yang sepatutnya lebih peka terhadap nasib Johor apabila Tuanku Sultan Johor bertitah dan menzahirkan rasa kecewa dengan kadar vaksinasi yang masih perlahan di Johor pada 23 Jun yang lalu? Cepatlah kerja dan pastikan hak vaksin dan kepentingan Johor dipertahankan segera!  

TarikhDos 1 JohorDos 2 JohorJumlah Dos Harian JohorDos 1 SarawakDos 2 SarawakJumlah Dos Harian Sarawak
11/6/2021’5,2835925,8758,9182,87511,793
12/6/202110,2788,35618,63423,9238,45632,379
13/6/202112,6943,52916,22324,8247,25532,079
14/6/202115,1105,41920,52930,76310,69341,456
15/6/202113,2947,24720,54134,6058,55143,156
16/6/202116,89840017,29848,34070149,041
17/6/202114,4975,95920,45646,2483,47249,720
18/6/20217,1271,9139,04046,6131,90148,514
19/620218,6939,94218,63539,5127,25746,769
20/6/20217,3316,38713,71839,4914,20643,697
21/6/20218,1278,61116,73856,9752,28159,256
22/6/20219,6397,62917,26854,19356354,756
23/6/20219,2628,79218,05454,25342854,681
24/6/202110,2227,37217,59454,8506,32761,177
25/6/20217,5121,4678,97947,8707,13455,004

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758