• Home
  • Kaunter Bergerak Pusat Komuniti Skudai Bantu Ribuan Orang Daftar Vaksinasi dan Pengundi

Kaunter Bergerak Pusat Komuniti Skudai Bantu Ribuan Orang Daftar Vaksinasi dan Pengundi

Pusat Komuniti Skudai telah menetapkan sembilan lokasi kaunter bergerak dalam seminggu yang lalu dan membantu hampir seribu orang mendaftar untuk vaksinasi dan sebagai pengundi.

Sepanjang minggu yang lalu, Pusat Komuniti Skudai telah mendirikan kaunter bergerak di Sutera Mall, Tasek Central, SKS Mart, Pasar Malam Impian Emas, Wang Wang Lai Foodcourt, Pasar Taman Ungku Tun Aminah, Pasar Malam Taman Skudai Baru. Kami telah menerima respons hangat masyarakat.

Di sembilan lokasi kaunter bergerak tersebut, Pusat Komuniti Skudai telah membantu 921 orang untuk mendaftar vaksinasi dan 63 orang sebagai pengundi.

Pada masa yang sama, ramai yang memberitahu bahawa mereka tidak mahir menggunakan Internet atau telefon pintar. Akibatnya, mereka tidak dapat mendaftar, ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk memeriksa sama ada mereka telah berjaya mendaftar atau tidak.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, perlu menilai semula strategi pendaftaran vaksinasi dan mengambil kira golongan yang tidak mahir menggunakan teknologi ini bagi memastikan mereka tidak dilupakan.

Kerajaan Perikatan Nasional perlu menggunakan pendekatan “keseluruhan masyarakat” dan “keseluruhan kerajaan”serta memobilisasi semua agensi kerajaan dan bekerjasama dengan NGO. Hal ini adalah untuk memastikan setiap individu dalam komuniti dapat mendaftar vaksinasi dan mempromosikan keperluan vaksinasi demi memastikan secara proaktif bahawa setiap kumpulan dapat divaksinasi di bawah program imunisasi nasional untuk mencapai imuniti kelompok.

Talian Program Imunisasi Kebangsaan harus menyediakan pilihan bahasa. Bahan promosi juga harus disediakan untuk membantu pelbagai kumpulan masyarakat dalam pendaftaran vaksinasi bagi mencapai sasaran vaksinasi untuk semua.

Pusat Komuniti Skudai akan bekerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri untuk mendirikan lima lokasi kaunter bergerak minggu ini bagi membantu masyarakat dengan pendaftaran vaksinasi dan pengundi. Mereka yang berminat sila membawa kad pengenalan dan telefon bimbit ke kaunter bergerak.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758