• Home
  • Kekeliruan PKP Menyusahkan Rakyat

Kekeliruan PKP Menyusahkan Rakyat

Kerajaan Perikatan Nasional perlu bertanggungjawab atas kekeliruan yang telah timbul sejak pelaksanaan PKP. 

Kami menerima banyak aduan bahawa penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan telah mengarah peniaga untuk menutup premis perniagaan walaupun mereka telah mendapat kelulusan daipada MITI.

Definisi “Perkhidmatan Perlu” yang ditetapkan oleh Kerajaan Perikatan amat mengelirukan sejak PKP diumumkan. Kenyataan media MITI pada 12 Januari 2021 telah mengumumkan peruncitan adalah salah satu bidang “Perkhidmatan Perlu”, namun peruncitan merangkumi banyak bidang seperti kedai telco, kedai jahit dan sebagainya. Persoalannya, adakah mereka dibenarkan beroperasi?

Pada masa yang sama, kenyataan MITI hanya menetapkan sektor pengilangan dan pembuatan yang perlu membuat pendaftaran melalui sistem CIMS 3.0 dan memuat turun Surat Notifikasi Pengesahan Pendaftaran. 

Kemudian, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob membuat pengumuman pada sidang media pukul 5 pm yang mengatakan bahawa kedai pakaian, kelab malam, kedai salon dan kedai SPA tidak dibenarkan beroperasi.

Antara yang saya hairan ialah laman sesawang rasmi KPDNHEP tidak boleh dibuka pada 12 Januari 2021. Pengumunan berhubung jenis-jenis kedai yang dibenarkan untuk beroperasi hanya diumumkan di laman FB KPDNHEP pada 12 Januari pukul 11pm.

Kenyataan Media KPDNHEP juga menetapkan bahawa sektor peruncitan, pengedaran dan pemborongan perlu memohon kelulusan daripada MITI bagi memastikan tiada sebarang halangan atau sekatan perjalanan sepanjang tempoh PKP.

Kerajaan Perikatan Nasional harus membuat pengumuman secara lebih sistematik berdasarkan pengalaman sebelum ini bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai. Walaubagaimanapun, mereka seolah-olahnya tidak menimba pengetahuan selepas MCO tahun lepas.

Tambahan pula, sebahagian peniaga telah mendapat kelulusan daripada MITI tetapi dihalang beroperasi oleh penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan.

PKP telah berjalan sebanyak 3 hari, namun koordinasi antara pelbagai kementerian, jabatan, negeri serta PBT tidak dinampak dan ini telah mengakibatkan kekacauan bagi peniaga dan orang awam.

Kami juga mendapati bahawa Kerajaan Negeri Johor akan mengadakan mesyuarat antara Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan KPDNHEP pada hari esok (Ahad), namun penguatkuasa PBT telah menjalankan tugas di banyak tempat dan mengarah peniaga suapya menutup kedai.

Kerajaan Perikatan Nasional perlu mempunyai dasar yang holistik untuk mencapai keseimbangan antara menangani penularan Covid dan menyelamatkan ekonomi, namun tindakan-tindakan yang lambat hanya menyebabkan rakyat mengeliru tentang dasar-dasar berkenaan.

Saya menyeru Kerajaan Perikatan Nasional supaya menyelaraskan dasar merentasi jabatan serta kementerian supaya mempunyai SOP yang seragam bagi menangani cabaran penularan Covid dan mencapai pemulihan ekonomi.

Sumber Gambar Cover: China Press

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758