Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Harus Memberi Perhatian kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Untuk Menarik Penglibatan Golongan Khas

Baru-baru ini, saya telah menyeru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memberi perhatian kepada isu operasi pentadbiran Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), meneruskan peruntukan kakitangan PDK, meningkatkan subsidi untuk golongan khas yang terlibat dengan pusat ini, dan menarik lebih banyak golongan khas untuk terlibat dengan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Di bawah visi “Malaysia Madani”, setiap kumpulan masyarakat harus mendapat layanan yang sama rata, dan golongan khas juga harus dimasukkan dalam arus pembangunan negara. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sangat penting untuk membantu golongan khas untuk berintegrasi dengan masyarakat.
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bertujuan untuk menyediakan pemulihan yang diperlukan, latihan, pendidikan dan peluang sosial kepada orang kurang upaya untuk membantu mereka berintegrasi dengan masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan komuniti tempatan.
Namun, pada masa ini golongan khas yang terlibat dengan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) hanya menerima subsidi RM150, sedangkan mereka yang memohon bantuan “tidak dapat bekerja” bagi orang kurang upaya boleh menerima bantuan RM300.
Perbezaan ini menyebabkan sesetengah orang kurang upaya kehilangan motivasi untuk terus terlibat dalam program tersebut kerana perbezaan subsidi.
Oleh itu, saya menyeru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk meningkatkan subsidi bagi golongan khas yang terlibat dengan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) menjadi RM300, iaitu sama dengan jumlah dengan kategori bantuan “tidak dapat bekerja” bagi orang kurang upaya untuk menggalakkan lebih banyak orang kurang upaya terlibat dalam program ini dan membantu mereka meningkatkan kemampuan diri serta menjaga diri mereka sendiri.
Selain itu, saya juga mendapat makluman bahawa PDK Maharani kini menghadapi masalah pengurangan kakitangan. Pusat ini memiliki 40 peserta, dan mengikut nisbah asal seorang guru kepada lima peserta, program ini mempunyai seorang pengurus dan lapan guru.
Namun, peruntukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun ini hanya mencukupi untuk membayar gaji seorang pengurus dan tujuh guru, jadi pusat tersebut terpaksa mengurangkan seorang guru. Ini menyebabkam pengurus terpaksa mengambil alih tanggungjawab guru dan juga menanggung beban kerja administratif yang berat tanpa pendapatan yang berpadanan.
Oleh itu, saya juga menyeru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memulihkan peruntukan kakitangan PDK untuk memastikan program ini dapat berkesan membantu orang kurang upaya keluar dari rumah dan berintegrasi dengan masyarakat.
Gambar: Tan Hong Pin membangkitkan isu PDK di Persidangan Kamar Khas Dewan Rakyat

Sumber: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin
Kategori