• Home
  • Kerajaan Perlu Memberi Pilihan Pelbagai Jenis Suntikan Vaksin Penggalak Secara Percuma Kepada Rakyat

Kerajaan Perlu Memberi Pilihan Pelbagai Jenis Suntikan Vaksin Penggalak Secara Percuma Kepada Rakyat

Kerajaan perlu memberi pilihan pelbagai jenis suntikan vaksin penggalak secara percuma kepada semua rakyat.

Kajian Menilai Keberkesanan Vaksin-vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Recovam) oleh KKM, vaksin Sinovac hanya 28 peratus berkesan dalam menghalang jangkitan Covid-19 dan kemasukan ICU pada tiga ke lima bulan.

May be an image of text that says "PERLINDUNGAN TERHADAP COVID-19 BERKURANGAN DALAM TeMPOH 3-5 BULAN SELEPAS DIVAKSIN Jangkitan COVID-19 89% Kemasukan ke ICU Kematian 76% 86% 79% 68% 91% 91% 79% 76% 55% 28% 28% bulan Pfizer bulan Sinovac bulan Pfizer bulan Sinovac Keberkesanan Berkurangan Pfizer bulan Sinovac Keberkesanan Tidak Berubah Dapatkan DOS PENGGALAK untuk perlindungan Sumber: optimum RECoVaM (The Real World Evaluation COVID-19 Vaccines under the Malaysia National COVID-19 Immunisation Program; NMRR LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA. JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV)"

Namun begitu, menurut kajian di Chile bagi penerima vaksin Sinovac, Sinovac mempunyai 74 peratus berkesan dalam mencegah penularan COVID-19.

Kami mendapati banyak aduan daripada masyarakat bahawa banyak klinik swasta bawah senarai ProtectHealth tidak dapat mengambil suntikan vaksin penggalak Sinovac secara percuma ketika mereka meminta mendapat vaksin Sinovac dan ianya menyebabkan mereka tidak ingin menerima vaksin campuran dos ketiga.

Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 10 November 2021 bahawa kira-kira 40 peratus orang yang mendapat janji temu gagal hadir untuk mengambil dos penggalak.

Dalam kenyataan media Protect Health pada 7 Disember 2021, ketersediaan vaksin Sinovac adalah terhad dan ianya akan diberikan  keutamaan kepada mereka yang mempunyai alahan terhadap mana-mana vaksin COVID-19 selain daripada vaksin Sinovac sepertimana yang telah disyorkan oleh pakar perubatan bertauliah.

Kerajaan telah menetapkan bahawa semua penduduk berusia lebih 60 tahun serta penerima Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak sebelum Februari 2022 untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Oleh yang demikian, 8 ADUN atau pemimpin DAP dan 29 cawangan DAP atau DAPSY bersama menyeru kerajaan menggunakan cara dorongan dan bukan dengan cara paksaan supaya penerima vaksin Sinovac yang tidak ingin mendapat vaksin campuran mempunyai “pilihan percuma” untuk mendapat vaksin Sinovac sebagai dos penggalak bagi mempercepatkan program suntikan dos penggalak dan meningkatkan tahap perlindungan dalam kalangan rakyat daripada varian Delta dan varian Omicron.

-TAMAT-

Kenyataan media ini dikeluarkan pada 21 Disember 2021 secara bersama di Johor oleh:

  1. Tan Hong Pin, ADUN Skudai
  2. Cheo Yee How, ADUN Perling
  3. Yeo Tung Siong, ADUN Pekan Nenas
  4. Tan Chen Choon, ADUN Jementah
  5. Lim Eng Guan, AJK DAP Johor
  6. Cheng Chin Fatt, Mantan AJK DAP Johor
  7. Sandara Segaran A/L Arumugam, Pengerusi Cawangan DAP Taman Nusa Bestari
  8. Sim Seng San, Pengerusi Cawangan DAP Sungai Rengit
  9. Cawangan DAP Bandar Baru Selesa Jaya
  10. Cawangan DAP Taman Mulia Bukit Gambir
  11. Cawangan DAP Bukit Kangkar
  12. Cawangan DAP Bandar Labis Tengah
  13. Cawangan DAP Bandar Labis Selatan
  14. Cawangan DAP Taman Teratai Muar
  15. Cawangan DAP Parit Setongkat
  16. Cawangan DAP Parit Tiram
  17. Cawangan DAP Air Merah
  18. Cawangan DAP Batu 8 1/2
  19. Cawangan DAP Ros Merah
  20. Cawangan DAP Kukup Laut
  21. Cawangan DAP Jaya Mas
  22. Cawangan DAP Taman Mutiara Rini
  23. Cawangan DAP Skudai
  24. Cawangan DAP Tenggaroh
  25. Cawangan DAP Bandar Maharani
  26. Cawangan DAP Bukit Indah
  27. Cawangan DAP Kg. Abdullah Segamat
  28. Cawangan DAP Wawasan Mersing
  29. Cawangan DAP Bandar Baru Endau
  30. Cawangan DAP Gemas Baru
  31. Cawangan DAP Pekan Jementah
  32. Cawangan DAP Nusa Indah
  33. Cawangan DAP Sungai Rengit
  34. DAPSY Sri Gading
  35. DAPSY Iskandar Puteri
  36. DAPSY Mersing
  37. DAPSY Tanjung Piai

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758