• Home
  • Ketidakcakapan Kerajaan Sebab Industri Kelapa Sawit Rugi

Ketidakcakapan Kerajaan Sebab Industri Kelapa Sawit Rugi

Ketidakcakapan dasar kerajaan menyebabkan industri kelapa sawit mengalami kekurangan pekerja dalam beberapa tahun ini. Ini mengakibatkan kerugian pendapatan berbilion. Saya menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan menyelesaikan masalah kekurangan pekerja untuk mengelakkan masalah kekurangan pekerja dalam industri kelapa sawit berulang setiap tahun.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, baru-baru ini dalam jawapan bertulis di Parlimen menyatakan bahawa dalam lima bulan pertama tahun ini, negara mengalami kerugian sebanyak RM10.46 bilion susulan isu kekurangan tenaga kerja yang menyaksikan 7.52 juta tan buah kelapa sawit tidak dapat dituai.

Industri kelapa sawit merupakan tulang belakang ekonomi negara. Menurut statistik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada tahun 2021, nilai eksport minyak kelapa sawit dan produk kelapa sawit negara mencapai RM108 bilion, iaitu kira-kira 9% daripada jumlah eksport negara.

Industri kelapa sawit adalah industri intensif buruh yang memerlukan banyak tenaga kerja dan lebih daripada 75% tenaga kerja adalah pekerja asing. Penduduk tempatan kurang berminat kerana menganggap kerja memetik buah kelapa sawit sebagai “pekerjaan 4D”, iaitu kotor (Dirty), berbahaya (Dangerous), sukar (Difficult), danmerendahkan (Demeaning).

Namun, masalah kekurangan pekerja dalam industri kelapa sawit bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba. Seperti yang disebut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab pada tahun lepas, pada tahun 2020, industri kelapa sawit kehilangan pendapatan sebanyak RM12 bilion akibat masalah kekurangan pekerja, dan tahun 2021 dijangka kehilangan lebih dari RM20 bilion.

Ramalan ini telah menjadi kenyataan. keengganan Malaysia mematuhi memorandum persefahaman (MoU) menyebabkan pembekuan ke atas semua pekerja Indonesia memasuki Malaysia. Selain itu, sekurang-kurangnya 300,000 pekerja Indonesia telah pulang ke negara asal semasa pandemik. Ini menambah beban kepada pengusaha kelapa sawit.

Semasa harga sawit berada pada paras tinggi selama hampir dua tahun, ladang kelapa sawit yang berskala besar telah mengalih kepada mekanisasi dan teknologi untuk mengurangkan kebergantungan pada tenaga kerja. Namun, kekurangan pekerja telah mengurangkan daya saing industri kelapa sawit Malaysia dan mengurangkan pendapatan cukai kerajaan  disebabkan oleh dasar kerajaan yang tidak cekap.

Oleh itu, kerajaan diseru untuk mengambil tindakan untuk mengelakkan masalah kekurangan pekerja dalam industri kelapa sawit yang berulang setiap tahun kerana ini akan mejejaskan daya saing industri kelapa sawit negara.

Sumber Gambar Cover: Harian Metro

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758