• Home
  • Khairy Digesa Beri Jadual Talian dan Laman Web Vaksin

Khairy Digesa Beri Jadual Talian dan Laman Web Vaksin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, telah mengumumkan bahawa rakyat boleh mendaftar untuk vaksinasi melalui laman web rasmi dan talian mulai 5 Mac. Namun hingga kini, pendaftaran masih belum dibuka. Oleh itu, Khairy perlu memberitahu rakyat tentang jadual pembukaan pendaftaran yang sebenar.

Khairy Jamaluddin pada 24 Februari mengumumkan bahawa mulai 5 Mac, rakyat boleh mendaftar untuk vaksinasi melalui laman web rasmi https://www.vaksincovid.gov.my/ atau dengan menghubungi talian rasmi. Namun, setakat ini, laman web tersebut masih belum menyediakan pautan pendaftaran dan talian untuk pendaftaran vaksinasi juga belum diumumkan. Ini menimbulkan persoalan iaitu bolehkah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan?

Selain daripada orang yang alah kepada makanan atau ubat-ubatan, wanita hamil, dan pesakit kanser, setiap orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar untuk vaksinasi.

Masih terdapat sebahagian daripada masyarakat yang lemah dan orang tua yang kurang mahir menggunakan Internet untuk mendaftar, ada juga sebahagian rakyat tidak memiliki telefon pintar.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tidak seharusnya mengabaikan kumpulan ini dan perlu membuka laman web serta talian mengikut jadual yang ditetapkan serta membolehkan pejabat wakil rakyat atau keluarga dan sahabat membantu mereka dalam pendaftaran vaksin.

Kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua pihak, oleh itu, kerajaan perlu bertindak dengan lebih telus dan sistematik dalam menangani pertanyaan rakyat, termasuk menyediakan talian dalam pelbagai bahasa untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk mendapatkan vaksinasi secara sukarela.

Ini bukan sahaja dapat menjawab keraguan rakyat secara efektif tetapi juga mengurangkan kebimbangan ke atas berita mengenai keselamatan vaksin, selain memastikan jumlah penerima vaksin membantu mencapai imuniti kelompok. Kerajaan juga harus mengadakan pertimbangan di mana semua wajib vaksinasi jika perlu. Pandemik COVID-19 adalah perang yang harus kita menangi, kerajaan perlu melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengikut jadual yang ditetapkan dan mengadakan kempen vaksinasi yang berskala besar untuk memberi keyakinan kepada rakyat bagi mendapatkan vaksin, dan akhirnya memulihkan kehidupan normal secepat mungkin.

Sumber Gambar Cover: Kwong Wah

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758