• Home
  • Khairy Jamaluddin Perlu Memberi Perhatian Kepada Permintaan Tambahan Vaksin Untuk Golongan Bukan Warganegara dan Remaja

Khairy Jamaluddin Perlu Memberi Perhatian Kepada Permintaan Tambahan Vaksin Untuk Golongan Bukan Warganegara dan Remaja

Saya memohon Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin perlu memberikan perhatian terhadap permintaan tambahan vaksin di negeri Johor bagi mempercepatkan proses vaksinasi untuk golongan bukan warganegara dan remaja susulan Johor masih dalam Fasa 1 bawah Pelan Pemulihan Negara.

Johor telah menerima sebanyak 2 juta dan 1.9 juta dos vaksin pada bulan Ogos dan September. Setakat ini, Johor telah mempunyai 90.7% dewasa telah menerima sekurang-kurang 1 dos vaksin dan 65.1% dewasa telah menerima 2 dos vaksin.

Namun begitu, bilangan penduduk menerima vaksin dalam dua minggu ini semakin berkurangan. Dari 2 September hingga 15 September, purata suntikan vaksin hanya 55,814 dos. Angka ini telah lebih rendah berbanding dengan minggu lepas yang merekodkan purata suntikan vaksin 44,717 dos dan juga amat jauh daripada matlamat yang ditentukan oleh Menteri Besar Johor, iaitu 70,000 setiap hari. 

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Johor kini telah mempunyai 3.1 juta rakyat mendaftar terima vaksin. Peratus dewasa yang mendaftar vaksin telah sampai 103%, 2.79 juta dewasa telah mendaftar. Bagi golongan remaja antara umur 12 sampai 17, juga mempunyai sebanyak 300 ribu remaja mendaftar vaksin.

Data ini menunjukkan bilangan yang minat menerima vaksin lebih daripada kerajaan ramalkan. Masih mempunyai ramai golongan warga asing yang belum dapat vaksin. Sesetengah PPV di Johor juga hanya menerima warganegara Malaysia “Walk-in” menerima vaksin. Bagi golongan warga asing tidak dapat menerima kemudahan ini.

Jadi, kerajaan perlu mengambil tindakan kepada status permintaan di negeri Johor termasuk keadaan golongan warga asing dan golongan remaja. Kerajaan perlu memastikan semua dewasa termasuk golongan warga asing yang menetap, bekerja di Malaysia dapat menerima sekurang-kurang 1 dos vaksin dalam bulan ini.

Setakat ini, kerajaan telah mulai menerima lebih banyak sektor beroperasi dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Namun, kebanyakkan sektor mahu beroperasi, bilangan pekerja yang boleh bekerja perlu ikut tahap pekerja yang telah menerima 2 dos vaksin. Jadi, mempercepatkan proses menerima vaksin kepada golongan warga asing amat penting, dapat mengurangkan risiko jangkit Covid-19 kepada rakyat lain dan memulihara ekonomi dalam masa yang singkat.

Jika capai semua rakyat dewasa menerima vaksin, menurut data yang lisan oleh kerajaan, Johor hanya boleh capai 70% penduduk lengkap vaksinasinya. Kerajaan perlu mempercepatkan proses beri vaksin kepada golongan remaja, bagi umur 12 sampai 17 menerima vaksin supaya dapat mencapai 80% penduduk lengkap vaksinasinya dalam bulan 10.

Menurut kenyataan Menteri Khairy, hanya negeri yang capai 80% penduduk dewasa lengkap vaksinasinya baru bagi golongan remaja menerima vaksin. Kalau mengikut arahan ini, golongan remaja di Johor perlu menunggu sampai awal bulan 10 barulah dapat menerima dos pertama vaksin.

Kini, terdapat banyak kes Covid-19 berjenis “Delta” berada di Johor, tanpa kira umur dan golongan. Jadi kita perlulah mempercepatkan proses beri vaksin kepada sesiapa yang belum lengkap vaksinasinya termasuk golongan remaja. Ini dapat menyelamatkan nyawa mereka dan mengurangkan kes Covid-19.

Bilangan beri vaksin telah menurun daripada 570 ribu dos sehari kepada 250 ribu sehari. Adakah ini disebabkan oleh permintaan vaksin di antarabangsa semakin meningkat menyebabkan bekalan vaksin kepada Malaysia semakin berkurangan, sampai bekalan vaksin kepada negeri Johor terganggu. Kerajaan perlu menjelaskan isu ini kepada rakyat Malaysia.

Dalam 7 hari yang lepas, purata kes Covid-19 di Johor dalam 2000 kes sehari. ICU, penggunaan katil di hospital dan low-risk Covid-19 quarantine centre (LRCC) telah penuhi. Tambahan pula, hanya negeri Johor dan negeri Kedah masih berada di Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 sampai hari ini.

Kesimpulannya, proses beri vaksin perlulah mempercepatkan bukan melambatkan pada masa ini. Kerajaan juga perlu memberi vaksin kepada golongan warga asing dan golongan remaja dan menambahkan bekalan vaksin kepada negeri yang masih ada jurang berbanding matlamatnya. Dengan menambahkan bekalan vaksin dan mempercepatkan proses beri vaksin, Malaysia barulah boleh capai matlamat 80% jumlah penduduk telah lengkap vaksinasinya dalam bulan 10.

Sumber Gambar Cover: Sunway Medical Centre

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758