Baru-baru ini, Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menyatakan bahawa individu yang telah divaksinasi boleh memohon untuk berkuarantin di rumah apabila meniba di Malaysia. Saya menyambut baik keputusan Kementerian Kesihatan ini, saya juga menyeru Kementerian Luar Negeri untuk mempercepat rundingan dengan kerajaan Singapura mengenai pasport vaksin agar kedua-dua negara dapat saling memulihkan ekonomi secepat mungkin.
Ekonomi di Johor terjejas sejak penutupan sempadan Malaysia-Singapura. Hotel Mutiara Johor Bahru juga akan ditutup dan Hotel Pan Pacific Johor Bahru yang telah beroperasi selama 29 tahun juga telah menutup akibat pandemik. Industri pelancongan Johor harus mengambil perhatian tentang isu ini.
Selain itu, pasaran perumahan dan pasaran pengguna di Johor juga lesu akibat kekurangan hubungan ekonomi Malaysia-Singapura.
Baru-baru ini, kedua-dua negara memutuskan untuk mengadakan perbincangan mengenai “Perjalanan Ihsan” dan isu pasport vaksin agar pekerja yang berulang-alik dapat pulang ke negara asal mereka dengan mudah.
Oleh itu, Kementerian Luar Negeri harus menyelaras penubuhan Jawatankuasa Teknikal Bersama antara Malaysia-Singapura untuk menyelesaikan isu mengenai pasport vaksin dan kunjungan keluarga, termasuk cara untuk memendekkan tempoh kuarantin bagi mempermudah pergerakan penduduk Malaysia dan Singapura.
Berdasarkan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) Malaysia dan Singapura, walaupun pekerja yang berulang-alik hanya perlu dikuarantin sehari di Malaysia dan dilepaskan setelah saringan, mereka masih perlu dikuarantin selama 14 hari di fasiliti kuarantin yang ditetapkan apabila kembali ke Singapura.
Langkah ini mengurangkan keinginan mereka untuk PCA bagi pulang ke negara asal dan majikan di Singapura juga sukar untuk memberi cuti yang panjang kepada pekerja.
Dengan pelaksanaan program vaksinasi secara besar-besaran, kedua-dua negara dapat memendekkan tempoh kuarantin kepada tujuh hari atau kurang berdasarkan status vaksinasi terkini sebagai persiapan untuk memulihkan aliran orang secara besar-besaran pada masa hadapan.
Saya menyambut baik keputusan Kementerian Kesihatan yang membolehkan individu yang divaksinasi memohon untuk berkuarantin di rumah apabila meniba di Malaysia, tetapi saya juga menyeru Kementerian Kesihatan untuk mengemukakan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas. Kerajaan boleh mencontohi Qatar di mana individu dari negara risiko rendah seperti Singapura yang telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua tidak lagi perlu kuarantin. Dengan ini, kita dapat memulihkan pergerakan orang ramai secara beransur-ansur.
KLN Digesa Percepat Rundingan Pasport Vaksin, Pulihkan Hubungan Ekonomi Malaysia-Singapura

Sumber Gambar Cover: VietnamPlus
Kategori