• Home
  • Lindungi khazanah alam daripada cadangan pembalakan demi kelestarian alam sekitar

Lindungi khazanah alam daripada cadangan pembalakan demi kelestarian alam sekitar

  1. Saya memandang serius dan menggesa pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor untuk mempertimbang dengan cermat cadangan pembalakan dan penanaman kelapa sawit di membabitkan kawasan hutan simpan seluas 2,2454.4 hektar di Mukim Tenggaroh, Mersing yang ditularkan oleh kumpulan aktivis alam sekitar di laman sosial.1



    Sumber: https://johor.chinapress.com.my/20200926/%E9%99%88%E6%B3%93%E5%AE%BE%EF%BC%9A%E7%A0%8D%E4%BF%9D%E7%95%99%E5%9C%B0%E7%A7%8D%E6%B2%B9%E6%A3%95%E5%BB%BA%E8%AE%AE-%E5%B7%9E%E6%94%BF%E5%BA%9C%E9%A1%BB%E8%B0%A8%E6%85%8E%E5%A4%84%E7%90%86/
  2. Lantaran itu, saya menggesa pihak Kerajaan Negeri Johor perlu telus dalam mengendalikan cadangan tersebut terkait soal kelulusan, syarikat yang terlibat dan faedah timbal balas diterima oleh pihak Kerajaan Negeri Johor. Gesaan tersebut dibuat dengan mengambil kira nilai khazanah hutan simpan yang tiada galang ganti dan wajar dikekalkan. Sebaliknya, pihak Kerajaan harus menawarkan penyelesaian rasional kepada pencadang untuk memanfaatkan kawasan tanah-tanah terbiar terlebih dahulu di seluruh pelusuk negeri Johor bagi tujuan penanaman kelapa sawit.
  3. Seterusnya, saya menggesa Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan kepada umum dasar-dasar kementerian beliau terkait penerokaan hutan simpan bagi tujuan tanaman pertanian. Lanjutan daripada itu, beliau juga wajar memastikan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mengambil tindakan sewajarnya dalam memelihara khazanah alam sekitar khususnya hutan-hutan simpan seperti di Mukim Tenggaroh, Mersing agar tidak tergadai demi manfaat jangka pendek.
  4. Negeri Johor seharusnya bebas daripada sebarang aktiviti yang mengacau ganggu khazanah alam sekitar terutama terkait dengan hutan simpan.
  1. https://www.facebook.com/100006542147166/posts/2839917789569598/?extid=hO7l8Jg92Mo7Kzzl&d=n
    https://www.facebook.com/PEKAMALAYSIA/posts/3316915181725268 ↩︎

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758