Susulan pindaan baharu Ordinan Darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional, saya menyeru Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, untuk mempertahankan otonomi Johor dengan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) alternatif supaya wakil rakyat dapat memantau bajet negeri.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah meminda Ordinan Darurat di mana kerajaan persekutuan dan negeri dibenarkan meluluskan belanjawan tambahan atau menggunakan dana disatukan tanpa melalui Parlimen. Ini menyebabkan kuasa legislatif digadai.
Perdana Menteri membenarkan kuasa eksekutif mengatasi kuasa legislatif. Ini menunjukkan niat sebenar Muhyiddin mengisytiharkandarurat, iaitu membenarkan penyalahgunaan dana negara untuk sebarang bentuk peruntukan dan mungkin menggunakan dana tersebut untuk mengkayakan parti politik sendiri.
Pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri pada bulan Januari telah membekukan operasi parlimen dan DUN, kini lagi mengadaikan kuasa wakil rakyat untuk memantau penggunaan bajet. Tindakan ini telah menghancurkan prinsip pengasingan kuasa dan merosakkan tradisi demokrasi “tidak ada pajak tanpa undang-undang”.
Tradisi politik demokratik sejak Revolusi Amerika menujukkan pungutan cukai tanpa wakil merupakan tindakan yang zalim. Tujuan parlimen adalah untuk mengelakkan diktator dan kuasa eksekutif berleluasa, wakil rakyat bertanggungjawab mewakili rakyat untuk memantau bagaimana kerajaan menggunakan wang rakyat.
Kerajaan negeri Johor yang dipimpin oleh UMNO seharusnya menyokong DUN alternatif sebagai solusi ketika DUN tidak dapat bersidang. Ini membolehkan wakil rakyat mengambil tahu dan memantau polisi kerajaan.
Sementara itu, rakyat Johor juga ingin mengetahui pendirian dan polisi kerajaan Johor terhadap pembatalan projek kereta api laju (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura, pasaran pengguna yang suram di Johor dan industri pelancongan Johor. Ini merupakan hak pembayar cukai dan kerajaan negeri tidak sepatutnya mengabaikan suara rakyat.
Kerajaan negeri Johor boleh mengumpulkan pertanyaan daripada wakil rakyat seperti biasa dan menjawab pertanyaan semasa Sidang DUN Alternatif supaya wakil rakyat dapat mengajukan pertanyaan tambahan untuk memahami polisi terkini kerajaan negeri.
Oleh itu, saya menyeru kerajaan negeri Johor untuk mengadakan DUN alternatif. Dengan ini, para wakil rakyat dapat menjaga dan memantau bajet Johor supaya tidak disalahgunakan, selain menghormati suara rakyat.
MB Digesa Adakan Sidang DUN Alternatif, Pelihara Otonomi Johor

Sumber Gambar Cover: Kwong Wah
Kategori