• Home
  • Mencegah Wabak Wuhan: Semua Orang Harus Bertindak

Mencegah Wabak Wuhan: Semua Orang Harus Bertindak

Berhadapan dengan wabak wabak misteri pneumonia atau radang paru-paru yang menular di Wuhan, saya menggesa orang ramai untuk sentiasa mendapatkan maklumat berkaitan wabak daripada kerajaan, selain menjalani kehidupan seperti biasa dan menjaga kebersihan diri serta persekitaran.

Setakat ini, 16 bandar di seluruh Hubei telah dikenakan perintah kuarantin susulan penularan wabak dan 31 daripada 32

perkembangan wabak adalah bahawa 16 bandar di seluruh Hubei telah dikunci, dan 31 dari 32 wilayah di China telah mengeluarkan respons darurat tahap I.

Data terbaru China menunjukkan bahawa sehingga 12 am pada 27 Januari, terdapat 2,744 kes yang disahkan, terdapat 461 kes kritikal, 80 kematian kumulatif dan 51 kes sembuh. Terdapat juga 5,794 kes yang disyaki. Malaysia juga telah mengesahkan 4 kes positif.

Walaubagaimanapun, virus Ebola di Afrika mempunyai kadar kematian hampir 90%, kadar kematian SARS adalah kira-kira 15%, manakala virus pneumonia Wuhan adalah lebih rendah, hanya 2.91%.

Namun, kita tidak boleh mengambil mudah dalam langkah pencegahan wabak. Kerajaan harus mengambil langkah yang efektif untuk mencegah wabak dan memastikan kesihatan rakyat. Kerajaan Malaysia perlu memastikan semua kastam di Johor, terutamanya Jambatan Tambak Johor di mana aliran trafiknya mencecah 430,000 orang semasa musim percutian, juga dilengkapi dengan pengimbas haba untuk mengesan suhu semua pelancong yang masuk dan menghalang pelancong Wuhan daripada memasuki negara.

Menurut Kementerian Kesihatan, semua klinik kerajaan dan hospital kerajaan telah bersiap sedia untuk memberikan rawatan kuarantin segera dan akan memastikan pesakit menerima rawatan yang sesuai melalui langkah-langkah kuarantin untuk mengelakkan penyebaran wabak.

Saya juga menggesa orang ramai untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Facebook rasmi mereka demi mendapatkan maklumat wabak Malaysia yang tepat. Jika menemui berita yang tidak disahkan di kumpulan atau media sosial, jangan menyebarkannya untuk mengelakkan kebimbangan yang tidak perlu.

Pada masa ini, wabak pneumonia Wuhan di Malaysia belum mencapai tahap penularan komuniti. Oleh itu, orang ramai diingatkan untuk menjalani kehidupan seperti biasa tanpa panik. Orang ramai digalakkan untuk mengamalkan pengurusan kesihatan diri yang lebih proaktif, terutamanya semasa musim perayaan Tahun Baru Cina. Bagi mereka yang banyak berinteraksi, sila mencuci tangan dengan kerap, memantau keadaan suhu badan, menjaga kebersihan persekitaran, mengelak makanan eksotik dan jika tidak sihat, pastikan untuk memakai pelitup muka untuk mengurangkan risiko penularan virus dan mengurangkan kemungkinan penyebaran.

Bagi orang yang datang dari China, jika mengalami simptom seperti demam batuk, atau kesukaran bernafas dalam tempoh pemantauan 14 hari, mereka harus segera pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan demi memastikan keselamatan diri sendiri sambil mengurangkan risiko penularan dalam komuniti.

Virus tidak memilih parti, tidak membezakan merah atau biru, tidak mengira kaya atau miskin. Kita semua adalah “sama” di hadapan virus. Oleh itu, yang paling penting sekarang adalah “bekerjasama”, menjaga diri sendiri terlebih dahulu, berusaha untuk mengurangkan penularan virus dan kerajaan harus sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi perkemabangan wabak dengan memobilisasi semua rakyat bagi pencegahan wabak.

Sumber Gambar Cover: Kwong Wah

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758