• Home
  • Mengurangkan Separuh Hotspot Sampah Haram Iskandar Puteri

Mengurangkan Separuh Hotspot Sampah Haram Iskandar Puteri

  1. Unit Bertindak Sementara Bandaraya Iskandar Puteri ditubuhkan pada 27 Mei 2019 bagi mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah tapak pelupusan sampah haram di sekitar kawasan Iskandar Puteri.
  2. Unit Bertindak Sementara tersebut diketuai oleh saya selaku Adun Skudai dan ahlinya termasuk pengawai daripada JAS Negeri Johor, SWCORP, MBIP, Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, Bomba dan Penyelamat Johor dan Ahli Majlis MBIP supaya Unit ini dapat menyelaras tindakan penguatkuasaan semua agensi dan juga meningkat efisien dalam mengatasi masalah sampah haram.
  3. Unit Bertindak Sementara tersebut telah mengadakan 4 mesyuarat pada 16 Jun 2019, 8 Julai 2019, 23 Julai 2019, 7 Ogos 2019, 4 September 2019 dan 19 September 2019 bagi mengenalpasti hotspot sampah haram disalurkan oleh Ahli Majlis dan orang awam serta mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.
  4. Antara satu usaha yang amat merangsang ialah pembakaran terbuka yang sentiasa berlaku di Rini Home 1 dalam keadaan terkawal setakat ini. MBIP sedang mengkaji tentang cadangan meletakkan penghalang jalan untuk menghalang lori kontraktor yang membuang sampah secara haram di tapak tersbut. Selain itu, MBIP juga berkongsi mesin berat seperti JCB supaya dapat mempercepatkan proses pembersihan tapak tersebut.


    Sumber: https://johor.chinapress.com.my/20230723/非法焚烧垃圾毒烟扩散-焦味-熏臭-居民-不能睡/
  5. Menjaga kebersihan tanah ialah tanggungjawab tuan tanah. Justeru, tuan tanah perlu membuat laporan polis dan juga ada tanggungjawab untuk membersihkan tapak tersebut serta membina halangan untuk menghalang lori membuang sampah secara haram di tapak tersebut.
  6. Hotspot tapak pelupusan sampah haram di kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menurun dari mulanya 33 hingga 14 setakat ini atas usaha semua agensi dalam Unit Bertindak Sementara ini. Pada masa yang sama, Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru telah mengeluarkan sebanyak 10 notis melanggar syarat kegunaan tanah 7A kepada tuan tanah yang membenarkan tanahnya dibuang sampah secara haram dna tanah tersebut banyak meliputi kawasan Gelang Patah. Antaranya 7 tapak dapat dipulihkan dan 1 lagi telah tidak aktif.
  7. Antara 14 tapak pelupusan yang masih aktif, 5 tapak ialah tapak yang ditutup tetapi sekarang berulang aktif lagi, 2 tapak ialah tapak baru yang ditemui di kawasan Lima Kedai, Gelang Patah. Lori yang membuang sisa di tapak Jalan 8, Lima Kedai telah disita oleh SWCORP untuk siasatan.
  8. Untuk Kawasan Skudai, Bandar Selesa Jaya ialah lokasi hotspot tapak pelupusan sampah haram. 3 tapak pelupusan sampah haram besar telah ditemui dalam Bandar Selesa Jaya dan tindakan tutupan telah diambil oleh tuan tanah atau kontraktor. Kebakaran sampah haram yang berlaku pada malam 21 Ogos di Bandar Selesa Jaya telah terkawal dan dipadam atas usaha semua jabatan.
  9. Di samping itu, Unit Bertindak Sementara tersebut juga mengeluarkan surat amaran kepada agensi kerajaan seperti JPS, JPN, TNB supaya agensi tersebut menjaga tanah rezabnya dengan cara yang lebih baik supaya tidak menjadi hotspot tapak pelupusan sampah haram. Pada masa yang sama, MBIP juga akan berdialog dengan kontraktor di sekitar kawasan ini bagi mengelakkan masalah sampah haram menjadi lebih serius.
  10. Unit ini juga mengalukan orang awam memantau progress pembersihan tapak pelupusan sampah haram di laman sesawang “One Map MBIP”.
  11. Sesiapa yang membuang sampah secara haram akan disabit kesalahan bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 10,000 dan tidak melebihi RM 100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kerang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
  12. SWCORP pada tahun ini telah menjalankan sebanyak 231 operasi di kawasan MBIP dan telah membuka kertas siasatan terhadap 32 kes. 4 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dan didenda sebanyak RM 55,000.


    Sumber: https://www.facebook.com/watch/?v=488423031936627
  13. Saya juga menyeru orang awam berkongsi maklumat sampah haram seperti lokasi dan gambar kepada kami melalui telefon bimbit 010-5351758 atau ahli majlis setempat bagi bekerjasama mengatasi masalah sampah haram yang amat menggangu kesihatan setempat. 

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758