• Home
  • MENTERI BUKAN PEMANDU LORI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT UNTUK SELAMATKAN DIRI

MENTERI BUKAN PEMANDU LORI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT UNTUK SELAMATKAN DIRI

  1. Hujah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menjadikan pemandu lori logistik bekalan sayur ke Singapura sebagai analogi untuk mempertahankan Ahli Parlimen PAS merangkap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi, Dr. Khairuddin Aman Razali bersifat semberono dan serkap jarang malah mengelirukan rakyat. 


    Tuan Ibrahim Tuan Man (Sumber gambar: Kwong Wah)1
  1. Analogi yang digunakan tersebut amatlah tidak wajar dalam membenarkan kesalahan melanggari undang-undang. Sebaliknya, saya ingin menegaskan bahawa tugas dan peranan pemandu-pemandu lori amat penting dalam merancakkan kembali ekonomi negara melalui aktiviti eksport komoditi pertanian. Secara tidak langsung, menjana pendapatan negara dan meningkatkan aliran tukaran mata wang asing. 
  1. Malahan, saya yakin, kita semua, rakyat Malaysia dan para pemandu-pemandu lori logistik sedemikian terus mematuhi segala peraturan dan tetapan piaiwaian operasi (SOP) yang ditetapkan terkait pandemik COVID-19 sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Singapura. 
  1. Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS memilih untuk mempertahankan anak buahnya yang nyata dan jelas gagal mematuhi peraturan ditetapkan. Ahli Parlimen Kuala Nerus tersebut jelas tidak bertanggungjawab kerana gagal menjalani proses kuarantin wajib seperti ditetapkan kepada semua rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air. Lebih malang, Turki yang dilawati beliau masih berada dalam zon kritikal dengan catatan 260 ribu kes positif dan 6,000 kes kematian akibat COVID-19.
  1. Hampir setiap hari, kita berulang kali saling ingat mengingati agar mematuhi SOP COVID-19. Namun, pimpinan Perikatan Nasional (PN) seperti tidak menjadi teladan yang baik kepada rakyat. Sebaliknya, pemimpin PN secara terang-terangan melanggar undang-undang terus dipertahankan oleh pimpinan masing-masing. 
  1. Adakah SOP tersebut bersifat dwi-standard? Adakah pimpinan PN kebal daripada hukuman? Bagaimana pula reaksi pimpinan MCA dan UMNO terhadap kesalahan Ahli Parlimen Kuala Nerus tersebut? Beranikah mereka menuntut beliau meletakkan jawatan? 
  2. Justeru itu, pimpinan PN khususnya YAB Perdana Menteri diminta untuk bertindak lebih tegas terhadap barisan pemimpin mereka yang gagal mempamerkan teladan baik kepada rakyat. Usahlah menggunakan hujah tidak rasional dan menafikan rakyat yang kini berada di barisan hadapan untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dan merangsang kembali ekonomi negara.
  1. https://johor.chinapress.com.my/20200926/%E9%99%88%E6%B3%93%E5%AE%BE%EF%BC%9A%E7%A0%8D%E4%BF%9D%E7%95%99%E5%9C%B0%E7%A7%8D%E6%B2%B9%E6%A3%95%E5%BB%BA%E8%AE%AE-%E5%B7%9E%E6%94%BF%E5%BA%9C%E9%A1%BB%E8%B0%A8%E6%85%8E%E5%A4%84%E7%90%86/ ↩︎

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758