• Home
  • Pelancaran VFF:Kempen Vaksin Lindungi Barisan Petugas Hadapan

Pelancaran VFF:Kempen Vaksin Lindungi Barisan Petugas Hadapan

Pejabat ADUN Skudai Tan Hong Pin, telah memperkenalkan “Kempen Vaksin Lindungi Barisan Petugas Hadapan / Vaccine for Frontliners (VFF)” dan akan mengumpul maklumat daripada doktor dan kakitangan barisan hadapan lain untuk membantu barisan tugas hadapan yang belum supaya mereka dapat menerima suntikan vaksin secepat mungkin.

Pada minggu lepas, saya telah memperkenalkan “Inisiatif Mempercepat Vaksinasi Warga Emas” dan membuat tinjauan terhadap warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas yang masih belum menerima maklum balas tentang janji temu vaksinasi mereka. Program ini mendapat respons yang baik kami telah berjaya mengumpulkan maklumat daripada 2000 warga emas.

Kami juga telah mangambil tindakan susulan terhadap sebahagian maklumat yang telah diterima, beberapa warga emas telah mendapat tarikh dan waktu janji temu pendaftaran. Antara yang berjaya dibantu adalah Puan Tee, 96, yang telah berjaya divaksinasi di Batu Pahat.

Dalam proses membantu kumpulan warga emas divaksinasi, kami mendapat maklum balas daripada barisan tugas hadapan, termasuk doktor dan jururawat di klinik swasta yang menyatakan bahawa mereka masih belum menerima vaksinasi, sedangkan mereka sepatutnya menjadi penerima fasa pertama program vaksinasi.

Oleh itu, saya telah mengunjungi Dr. Ong di Klinik Ong, Skudai untuk memahami situasinya. Beliau memberitahu bahawa beliau telah memohon melalui Persatuan Perubatan Malaysia pada bulan Januari. Walaubagaimanapun, beliau masih belum menerima notifikasi vaksinasi selepas 4 bulan .

Dr. Ong adalah seorang doktor keluarga yang berusia 66 tahun dan juga merupakan kumpulan warga emas. Baik sebagai seorang warga emas mahupun doktor, sepatutnya beliau mendapat keutamaan untuk divaksinasi, namun nampaknya beliau telah menjadi kumpulan yang terlupa.

Dr. Ong juga menyatakan bahawa rakan sejawatnya juga belum menerima notifikasi dan beberapa hanya dapat mencuba nasib selepas pukul 5 petang untuk menerima vaksin yang berlebihan pada hari itu, sambil bergurau mengatakan dirinya seperti “karang guni” kerana hanya dapat menerima vaksin yang berlebihan.

Oleh itu, untuk membantu kumpulan yang terlupa ini untuk mendapatkan vaksinasi, saya memperkenalkan “Kempen Vaksin Lindungi Barisan Petugas Hadapan” dengan mengumpulkan maklumat barisan tugas hadapan dan meminta mereka yang masih belum divaksinasi untuk mengisi borang berikut sebelum menyerahkannya kepada Kementerian Kesihatan untuk diproses, dengan harapan dapat mempercepatkan vaksinasi bagi barisan tugas hadapan.

https://forms.gle/yeLWkEzuPu6un4dM8

Untuk sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila WhatsApp atau hubungi 012-5141758.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758