• Home
  • Perebutan Vaksin Global Jadi “Permainan Kelaparan”, Kerajaan Perlu Tingkatkan Harga Pembelian Vaksin

Perebutan Vaksin Global Jadi “Permainan Kelaparan”, Kerajaan Perlu Tingkatkan Harga Pembelian Vaksin

Susulan perebutan vaksin global seperti “Permainan Kelaparan”, saya menyeru kerajaan Perikatan Nasional agar segera bertindak dan berunding dengan pengeluar vaksin dan jika perlu, meningkatkan harga untuk membeli vaksin.

Baru-baru ini, Khairy menyatakan bahawa negara kaya telah membeli banyak vaksin, Malaysia hanya dapat menunggu giliran. Khairy juga menyatakan bahawa jumlah vaksin hanya dapat memenuhi jumlah pendaftaran vaksin setakat ini pada bulan Jun.

Sehingga 14 April, sekitar 8.69 juta orang telah mendaftar dan jumlah yang telah divaksinasi meningkat kepada 1.05 juta orang. Namun, Khairy menyatakan bahawa Malaysia hanya mendapat kira-kira 1 juta dos. Adakah ini bermakna bahawa negara kita sudah kekurangan vaksin?

Jika negara kita sudah mengalami kekurangan vaksin dan kerajaan mengumumkan permulaan Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta meminta masyarakat untuk memperhatikan notifikasi MySejahtera atau khidmat pesanan ringkas (SMS), adakah kerajaan sedang memberikan “harapan palsu” kepada rakyat?

Sebenarnya, Khairy sudah mengetahui tentang  ‘perebutan’ pembelian vaksin di kalangan negara kaya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengeluarkan amaran pada Januari bahawa 95% vaksin tertumpu di sedikit negara, negara lain hanya mendapat jumlah vaksin yang sangat rendah .

Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom, dan Amerika Syarikat yang merupakan kawasan-kawasan utama pengeluar vaksin juga menghadapi krisis kekurangan vaksin dan menetapkan larangan eksport demi menghentikan eksport vaksin atau bahan mentah ke luar negera.

Kini, jumlah vaksin COVID-19 hanya cukup untuk kira-kira 5% populasi global, Bloomberg juga menyatakan bahawa kadar vaksinasi di negara berpendapatan tinggi adalah 25 kali ganda daripada negara berpendapatan rendah.

Oleh itu, isu kadar vaksinasi rendah tidak sepatutnya dibangkitkan sekarang. Seharusnya persiapan dilakukan lebih awal, apa sebab Singapura dapat meningkatkan jumlah vaksinasi harian ke 40,000 dos, sementara Malaysia menurun ke 20,000 dos sehari?

Malaysia sedang mengalami peningkatan kes COVID-19, jumlah kes harian masih pada angka empat digit dan kluster terus bertambah.

Industri pelancongan dan pasaran pengguna menantikan pemberian vaksin COVID-19 secara besar-besaran. Pelabur asing juga melihat kemampuan kerajaan Malaysia dalam mengendalikan isu vaksin dan pandemik untuk menentukan sama ada untuk melabur di Malaysia. Pemberian suntikan vaksin yang lambat akan menghalang pemulihan ekonomi negara dan juga menghalang Malaysia dalam rundingan pasport vaksin dan lorong hijau dengan negara lain.

Kerajaan digesa untuk bertindak awal dan berunding dengan pengeluar vaksin untuk mempercepat penghantaran. Kementerian Kewangan juga perlu meningkatkan peruntukan untuk pembelian vaksin bagi memastikan negara dapat menerima vaksin dengan secepat mungkin dan menjadikan Malaysia salah satu negara yang memimpin pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Sumber Gambar Cover: VietnamPlus

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758