• Home
  • PN Digesa Umum Keputusan GKP 2.0

PN Digesa Umum Keputusan GKP 2.0

Kerajaan Perikatan Nasional digesa mengumumkan keputusan GKP 2.0 yang sepatut umum hari ini supaya peniaga kecil mendapat geran tersebut untuk mengharungi kesukaran saat wabak Covid-19.

Berdasarkan FAQ daripada LHDN pada 24hb September dan 9hb November, tarikh permohonan untuk GKP 2.0 adalah 1hb Okotober hingga 30hb Oktober dan tarikh yang ditetapkan untuk menyemak keputusan permohonan adalah 15hb November.

Namun, kami menerima aduan daripada peniaga bahawa mereka tidak dapat tahu status terkini tentang permohonan mereka kerana laman sesawang GKP 2.0 hanya menunjukkan “Permohonan Diterima” sahaja dan belum keluar perkataan “Lulus/Tidak Lulus”.

Keadaan ini amat membimbangkan dan membawa kerisauan kepada netizen bahawa adakah Kerajaan akan mengkreditkan geran tersebut kepada peniaga pada 25hb November seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional?

GKP 2.0 amat penting dalam membantu peniaga dalam mengharungi kesukaran saat wabak Covid-19. Ramai peniaga di sektor pasar pagi, pasar malam, pelancongan, restoran dipaksa tutup atau mengalami penurunan jualan dalam tempoh ini.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru Kerajaan Perikatan Nasional mengumumkan keputusan GKP 2.0 secepat mungkin supaya peniaga dapat mengatur kewangan secara awal disamping meringankan beban peniaga dalam saat ini.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758