• Home
  • Pusat Komuniti Skudai Membuka Tiga Permohonan & Pembaharuan Bantuan

Pusat Komuniti Skudai Membuka Tiga Permohonan & Pembaharuan Bantuan

Sejak hari ini sehingga 10 Mac Pusat Komuniti Skudai, mengalu-alukan orang ramai untuk mendapatkan maklumat dan memperbaharui tiga program bantuan kerajaan, iaitu Bantuan Sara Hidup, Skim Insurans MySalam dan Kad Sihat Johor.

Program Bantuan Sara Hidup 2020, sebelumnya dikenali sebagai Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia, bertujuan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah B40 (pendapatan keluarga di bawah RM4000) dan kini diperluaskan kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan orang kurang upaya yang berusia 18 tahun ke atas.

Skim Insurans MySalam bertujuan untuk menyediakan bantuan insurans kecemasan, kini diperluaskan kepada 45 penyakit kritikal dan memberi manfaat kepada individu berusia 18 sehingga 65 tahun dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM8000. Skim ini akan menyediakan perlindungan insurans kesihatan percuma, dengan bantuan RM8000 untuk golongan berpendapatan rendah (B40) yang mengalami salah satu dari 45 penyakit kritikal dan bantuan RM400 untuk golongan berpendapatan sederhana (M40). Skim ini juga menawarkan elaun harian RM50 semasa hospitalisasi sebagai pendapatan pengganti. Elaun ini boleh diperoleh sehingga maksimum 14 hari setahun, atau RM700.

Kad Sihat Johor adalah manfaat perubatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor yang bertujuan untuk memberikan elaun perubatan tahunan sebanyak RM500 (keluarga) atau RM200 (individu) kepada golongan berpendapatan rendah. Pemegang kad boleh membawa kad ini ke klinik swasta yang ditetapkan oleh kerajaan negeri untuk rawatan dengan had biaya rawatan setiap kunjungan sebanyak RM50, jika melebihi had, kosnya perlu ditanggung sendiri.

Pada masa yang sama, saya menggesa orang ramai membawa salinan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan pasangan atau bukti identiti (pasport, sijil lahir merah, permit), sijil kelahiran anak dan MyKad atau MyKid anak, MyKad atau MyKid anak angkat dan sijil pengangkatan (jika anak adalah anak angkat), sijil perkahwinan, nombor akaun bank suami dan isteri, sijil kematian (jika pasangan meninggal dunia), sijil perceraian (jika bercerai) untuk memohon atau memperbaharui 3 program bantuan tersebut.

Jika pemohon Bantuan Sara Hidup tidak dapat menyediakan salinan sijil perkahwinan, mereka boleh sijil kelahiran anak sebagai bukti perkahwinan.

Saya juga menggesa rakan-rakan yang telah menerima Bantuan Sara Hidup pada tahun lepas supaya tidak memperbaharui maklumat tahun ini jika tiada sebarang pembaharuan maklumat termasuk pendapatan keluarga, maklumat anak, perubahan alamat, status perkahwinan.

Rakan-rakan yang telah menerima Kad Sihat Johor pada tahun lepas juga tidak perlu memperbaharui maklumat atau memohon semula tahun ini.

Kami juga menggesa orang ramai untuk segera memohon atau memperbaharui maklumat dan jangan menunggu sehingga saat akhir untuk mengelakkan kegagalan memperbaharui maklumat.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiga program bantuan kerajaan ini, sila hubungi talian Pusat Komuniti Skudai di 010-5351758.

Sumber Gambar Cover: New Straits Times

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758