• Home
  • PUSAT KOMUNITI SKUDAI SUMBANG BANTUAN MAKANAN KEPADA 1,257 KELUARGA TERJEJAS DALAM PENULARAN PANDEMIK COVID-19

PUSAT KOMUNITI SKUDAI SUMBANG BANTUAN MAKANAN KEPADA 1,257 KELUARGA TERJEJAS DALAM PENULARAN PANDEMIK COVID-19

1. Atas semangat kekitaan dalam mengharungi detik getir sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, Pusat Komuniti Skudai telah berusaha sedaya upaya menyedia dan menyalurkan sumbangan kepada warga Skudai yang terjejas dan memerlukan bantuan.

2. Sehingga 31 Mei 2020, Bantuan Bekalan Makanan dari Pusat Komuniti Skudai telah diedarkan kepada 1,257 keluarga yang kurang berkemampuan dengan hasrat untuk meringankan sedikit beban mereka yang bertempat di kawasan Skudai atau penduduk dari kawasan berdekatan.

3. Setiap bakul Bantuan Makanan Skudai tersebut bernilai RM40 mengandungi keperluan harian seperti beras, mihun, biskut dan makanan dalam tin dengan nilai perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM50,000.00.

4. Sebagai pencerahan, jumlah perbelanjaan keseluruhan tersebut dijana melalui peruntukan Kerajaan Negeri Johor berjumlah RM20,000.00 dan ditampung oleh sumbangan anda, warga Skudai berjumlah RM17,000.00 manakala selebihnya daripada sumbangan barang dapur daripada masyarakat dan Pusat Komuniti Skudai sendiri.

5. Sesungguhnya, sumbangan dan keprihatinan anda semua untuk bersama-sama Pusat Komuniti Skudai dalam meringankan beban sesama kita amat dihargai dan disanjung tinggi – merentasi latar kepercayaan, keturunan dan kecenderungan fahaman.

6. Kerencatan ekonomi akibat penularan COVID-19 dan seterusnya penguatkuasaan PKP nyata memberi kesan meluas kepada kita semua – kumpulan pekerja dan peniaja.

7. Justeru itu, saya menyeru agar Perdana Menteri bersama pimpinan Kerajaan sekarang mengorak langkah segera dalam memulihkan ekonomi dengan menyelamatkan pekerjaan membabitkan seluruh sektor industri.

8. Berhentilah ke sana dan ke sini untuk menyuap politikus dengan habuan jawatan bagi mengukuhkan kedudukan diri sedangkan kami di bawah ini kini tersepit.


Sumber: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758