• Home
  • RAIKAN SUMBANGAN PEKERJA PEMBERSIHAN DENGAN BERSAMA MENJADI KEBERSIHAN

RAIKAN SUMBANGAN PEKERJA PEMBERSIHAN DENGAN BERSAMA MENJADI KEBERSIHAN

  1. Pertama sekali, saya mengucapkan syabas kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kerana mengetengahkan sambutan Hari Pekerja Pembersihan yang diraikan di peringkat antarabangsa pada 17 Jun setiap tahun di Malaysia.
  2. Tarikh dan sambutan ini amat asing dalam masyarakat kita meskipun peranan pekerja pembersihan tersebut amatlah penting dalam memastikan kebersihan dan kesejahteraan persekitaran.
  3. Bersempena sambutan Hari Pekerja Pembersihan pada hari ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pekerja pembersihan yang komited dalam menguruskan sisa pepejal dan kebersihan awam merentasi batas waktu, cuaca dan keadaan sekalipun termasuk mereka yang bertugas di tapak-tapak pelupusan.
  4. Sambutan ini amat wajar diraikan bagi meraikan peranan wira tidak didendang (unsung heroes) sebaris dengan wira-wira perkhidmatan perlu (essential service) di barisan hadapan yang lain – seperti anggota kesihatan dan keselamatan.


    (Sumber gambar: https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=178042)
  5. Di Johor, anggota pembersihan inilah yang menguruskan sekitar 3,600 tan sampah dihasilkan kita semua. Tanpa mereka yang komited dan berdedikasi, kita semua pastinya berada dalam keadaan yang tidak selesa untuk menjalani rutin harian.
  6. Justeru itu, sebagai menghargai peranan mereka, saya dan Pusat Komuniti Skudai telah menyediakan sebanyak pek saguhati berbentuk barangan keperluan dapur untuk diagihkan kepada mereka yang bertungkus-lumus mensejahterakan kawasan DUN Skudai.
  7. Pada kesempatan ini, saya menyeru kita semua untuk menghargai peranan dan sumbangan para pekerja pembersihan dengan mengamalkan sikap yang murni antaranya dengan menguruskan sisa pepejal secara tertib, tidak buang sampah merata-rata dan membudayakan kaedah sifar sisa termasuklah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan 3R.
  8. Amalan-amalan murni ini bukan sahaja memudahkan kerja para pekerja pembersihan di lapangan malah turut bersama melestarikan pengurusan sisa pepejal di negeri Johor.

Selamat Hari Pekerja Pembersihan. Terima kasih kerana menjadi wira kami!

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758