• Home
  • Sediakan Tempat Sesuai untuk Warganegara yang Pulang dari Singapura, Elak Jangkitan Silang

Sediakan Tempat Sesuai untuk Warganegara yang Pulang dari Singapura, Elak Jangkitan Silang

Kerajaan perlu menyemak semula pusat kuarantin untuk warganegara yang pulang dari Singapura untuk memastikan pusat kuarantin tidak menjadi tempat jangkitan silang yang boleh memburukkan lagi situasi pandemik!

Baru-baru ini, saya menerima aduan daripada Encik Liu, seorang warganegara yang pulang dari Singapura yang kini dikuarantin di Hospital Permai, Johor Bahru.

Encik Liu berjalan kaki untuk pulang ke Malaysia melalui Tambak Johor pada malam jam 11. Semasa pemeriksaan kesihatan di CIQ Malaysia, tekanan darahnya tinggi dan mencecah 190. Oleh itu, dia dihantar ke hospital dengan ambulans.

Namun, setelah tiba di hospital, Encik Liu mendapati dirinya diasingkan dalam sebuah bilik yang sempit untuk tiga orang. Keadaan bilik tersebut sangat buruk, bukan sahaja kekurangan penghawa dingin atau kipas, malah hanya memiliki lubang ventilasi yang kecil dan kebersihan tandas juga sangat mengecewakan.

Encik Liu fikir bahawa beliau dia akan dipindahkan ke pusat kuarantin biasa setelah tekanan darahnya kembali normal. Namun, jawapan yang diterima adalah hotel tidak menerima pesakit dengan rekod tekanan darah tinggi, oleh itu dia harus dikuarantin di ruang yang sempit selama 14 hari.

Ketika tiga orang tinggal dalam ruang yang sempit, ini bukan sahaja melanggar arahan jarak sosial satu meter yang ditekankan oleh kerajaan, malah meningkatkan risiko jangkitan silang.

Menurut maklumat, ini bukan kes pertama, sebelum ini juga ada wanita hamil yang ditempatkan di Hospital Permai dan mengadu tentang keadaan buruknya.

Oleh itu, jika keadaan Encik Liu bukan kes terpencil, ini bermakna semua hospital kerajaan di Johor Bahru mengamalkan prosedur kuarantin yang mengabaikan mereka yang dikuarantin dan  tidak mengelakkan risiko jangkitan silang.

Kerajaan perlu menyatakan data dan informasi terperinci secara terbuka dan menyatakan sama ada pusat kuarantin di Johor, terutamanya di Johor Bahru, memiliki kapasiti yang cukup untuk menampung jumlah besar warganegara yang pulang dari Singapura.

Warganegara yang pulang dari Singapura juga merupakan rakyat Malaysia, hak asasi mereka juga harus dilindungi. Oleh itu, saya menggesa kerajaan meneliti sumber kuarantin yang ada dan merancang semula dengan kadar segera untuk memperbaiki keadaan yang telah diadu demi mengelakkan situasi ini daripada menjejaskan dasar pencegahan pandemik.

Sumber Gambar Cover: Sin Chew

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758