• Home
  • Sekolah Terdapat Kes Positif, KPM Harus Benarkan Penutupan Sekolah

Sekolah Terdapat Kes Positif, KPM Harus Benarkan Penutupan Sekolah

Susulan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di sekolah, Kementerian Pendidikan (KPM) harus segera meninjau semula Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada bagi membenarkan penutupan sekolah secara langsung demi mengurangkan kebimbangan masyarakat dan memberi ruang kepada sekolah untuk mengatur Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan (KKM), sejak 1 Januari, sektor pendidikan telah mengalami 90 kluster jangkitan COVID-19 dengan jumlah kluster di sekolah yang meningkat dua kali ganda dalam dua minggu ini.

Sejak pembukaan semula sekolah, cara KPM mengendalikan situasi menjadi kontroversi. Pelbagai pihak telah memberikan saranan dan kritikan. Namun, KPM masih belum mengubah SOP.

Saya telah mengemukakan isu penutupan sekolah pada akhir bulan Mac dan mengingatkan bahawa susulan pembukaan semula sekolah menengah, aktiviti sosial pelajar akan meningkat. Ini meningkatkan kebarangkalian berlakunya kluster pendidikan.

Ketika berlakunya kes positif di sekolah, KPM dan KKM saling melempar tanggungjawab, terutamanya dalam hal penutupan sekolah. Ini menyebabkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan memilih untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah.

Namun, Menteri Pendidikan Radzi Jidin pada bulan Februari menyatakan bahawa ibu bapa perlu menghantar anak ke sekolah kecuali terdapat sijil cuti sakit. Sebaliknya, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon, baru-baru ini mengumumkan bahawa tidak ada paksaan bagi ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah semasa pandemik. Pernyataan yang bertentangan ini menunjukkan cara pengendalian KPM sangat tidak profesional.

Kerajaan dan ahli politik yang bertanggungjawab tidak seharusnya mencari alasan untuk menghadapi masalah, malah harus menghadapi dan menyelesaikan masalah secara langsung, bukan menghindarinya kerana ini akan menyebabkan kebingungan dalam kalangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dan tidak dapat bertindak dengan cepat.

Ketika sebagian besar ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah dan jumlah kehadiran sangat rendah, apa lagi makna pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka?

Baru-baru ini, ketika Mah Hang Soon mengumumkan sekolah boleh ditutup selama 2 hari jika terdapat kes positif, banyak sekolah masih belum menerima notis penutupan, maka berada dalam dilema.

Oleh itu, saya mendesak KPM untuk segera mengubah SOP dan membenarkan sekolah menutup secara langsung jika terdapat kes positif demi mengurangkan kebimbangan ibu bapa, sselain memberi ruang kepada sekolah untuk mengatur PdPR demi memastikan kemajuan pembelajaran pelajar tidak terjejas.

Sumber Gambar Cover: Rojaklah

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758