• Home
  • Vaksinasi Segera Pesakit Buah Pinggang

Vaksinasi Segera Pesakit Buah Pinggang

Saya menggesa agar pihak Kerajaan dapat memberi perhatian kepada golongan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis untuk menerima suntikan vaksin dalam kadar segera.

Gesaan ini dibuat susulan makluman yang saya terima semasa melawat Pusat Dialisis Lexin di Skudai bahawa mereka masih belum menerima suntikan mahupun maklum balas janji temu.

Malah, pihak pusat dialisis telah turut mengambil langkah proaktif dengan mengemukakan senarai pesakit yang menerima rawatan dialisis kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan selanjut. Namun, sehibgga kini tiada sebarang maklum balas berkaitan suntikan vaksin.

Pesakit buah pinggang terangkum di dalam golongan berisiko tinggi. Kajian dari Kanada mendapati risiko pesakit yang menerima rawatan dialisis lebih lima (5) kali ganda kadar jangkitan dan empat (4) kali ganda risiko bagi kadar kematian berbanding pesakit biasa.

Malah, mereka juga berdepan risiko tinggi kerana perlu melalui rawatan dialisis sebanyak tiga (3) semunggu di dalam ruang yang tertutup bersama pesakit lain dan kakitangan perubatan.

Saya percaya gesaan saya ini bukanlah yang pertama. Sebaliknya, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Persatuan Nefrologi Malaysia dan Persatuan Transplan Malaysia untuk pihak Kerajaan memberi keutamaan dan perhatian kepada pesakit buah pinggang dan kakitangan perubatan dialisis untuk menerima suntikan vaksin.

Sebanyak 500 pusat dialisis yang direkodkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada milik swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Manakala, 80 daripada jumlah tersebut beroperasi di negeri Johor.

Oleh itu, saya menggesa agar pihak KKM mewujudkan pasukan khas bagi memberi suntikan vaksin kepada kakitangan dan pesakit buah pinggang secara pintu ke pintu ke pusat-pusat dialisis tersebut.

Saya juga akan menjadi pemudahcara antara pusat dialisis dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk membantu mereka menyegerakan proses vaksinasi pesakit mereka.

Sementara itu, saya mengajak warga Skudai dan orang ramai untuk bersama membantu Pusat Dialisis Lexin yang dikendalikan oleh sebuah NGO tanpa keuntungan. Situasi penularan COVID-19 menyulitkan mereka untuk mengumpulkan dana. Sebarang pertanyaan berhubung sumbangan dana kepada Pusat Dialisis Lexin boleh disalurkan melalui talian 016-3864343.

Sumber Gambar: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758