• Home
  • Masalah Jarak Antara Dua Dos Vaksin AstraZeneca Telah Diatasi, Khairy Digesa Tambah Kakitangan Talian

Masalah Jarak Antara Dua Dos Vaksin AstraZeneca Telah Diatasi, Khairy Digesa Tambah Kakitangan Talian

Masalah dua dos vaksin AstraZeneca diberi dalam masa 21 hari kini telah diatasi. Saya mendesak Khairy untuk mengatasi kekurangan dalam sistem tempahan janji temu vaksin, termasuk mengupah kakitangan talian untuk penambahbaikan sistem.

Pada 14 Jun, saya menerima maklum balas daripada Encik Tan yang berumur 68 tahun dan beberapa warga Johor yang menytakan bahawa laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan bahawa jarak antara dua suntikan vaksin AstraZeneca hanya 21 hari. Setelah saya membawa masalah ini ke media, beberapa orang awam juga menghubungi kami untuk menangani masalah yang sama.

Saya percaya kes ini hanya sebahagian daripada masalah, Twitter JKJAV juga menerima aduan tentang masalah ini. Menurut rekod Encik Tan pada 14 Jun dan 20 Jun, sistem kini telah kembali normal dan waktu tempahan untuk dos kedua telah dibatalkan.

Bagi mereka yang menerima vaksin AstraZeneca pada 7 Jun, saya mengajak semua untuk memeriksa aplikasi MySejahtera dan laman web JKJAV (www.vaksincovid.gov.my/semak/en/) untuk memastikan maklumat telah diperbetulkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), institusi pengawalan farmaseutikal Australia dan United Kingdom dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara telah menetapkan bahwa jarak minimum antara dos suntikan vaksin AstraZeneca adalah empat minggu. Sementara itu, laporan saintifik juga menunjukkan bahawa jarak 12 minggu diperlukan untuk mencapai tahap imunisasi maksimum bagi vaksin AstraZeneca.

Susulan keraguan masyarakat, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, belum memberi respons secara terbuka.Tetapi beliau tidak menyangkal bahawa masalah serupa memang terjadi pada minggu yang lepas. Walaupun masalah dua dos vaksin AstraZeneca diberi dalam masa 21 hari kini telah diatasi, JKJAV perlu memeriksa kekurangan sistem tempahan janji temu vaksin yang telah menyebabkan kekeliruan dan kesulitan masyarakat, selain mengganggu operasi harian petugas perubatan di PPV.

Terdapat bukti yang mencukupi menunjukkan bahawa aplikasi MySejahtera dan laman web JKJAV menghadapi masalah dalam penyambungan data. Talian sering sibuk ketika individu yang dipengaruhi menghubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.

Jika sebuah sistem elektronik “pintar” dapat diperbaiki, adakah kita dapat menambah kakitangan talian. Sekurang-kurangnya masyarakat dapat meminta bantuan apabila menghadapi masalah sistem. 

Sebelum(14 Jun)

Selepas(20 Jun)

Sumber Gambar Cover: Soya Cincau

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758